Monday 16 January 2012

GOLD ITU EMAS - SISTEM ZAKAT

ZAKAT EMAS

Emas adalah jenis-jenis logam yang diwajibkan zakat. Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:
“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.
At- Taubah; ayat 34-35


ZAKAT EMAS DIKIRA DALAM DUA KEADAAN

Emas yang tidak dipakai (disimpan)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

Contoh:

2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)

Contoh : RM6,000 x 2.5%

Jumlah zakat    = RM 150

Emas yang dipakai

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.

Contoh:

Berat Emas yang dipakai = 250 gram

Uruf Emas = 150g ram

Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram - 150 gram = 100gram

Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)

= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)

= RM 192.9

Oleh itu, Jangan asyik ingat beli nak pakai nak menunjuk-nunjuk sampai lupa nak bayar zakat. hehehe... Tidak lupa juga yang membuat pelaburan emas fizikal, beli dan simpan emas pun kena bayar zakat juga, tapi kalau simpan atau gadai di sesetengah tempat, zakat anda mungkin dah di bayar sekali.
 

# SUMBER DARI PUSAT PUNGUTAN ZAKAT

 

Anda sepatutnya klik kat bawah ni

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...