Showing posts with label INFOMATION. Show all posts
Showing posts with label INFOMATION. Show all posts

Saturday, 10 December 2011

Setiap Anak Permata Negara - Expo 2011

 PERMATA NEGARA

Asuhan dan didikan awal kanak-kanak bertujuan mengembangkan potensi SETIAP ANAK PERMATA NEGARA secara holistik bagi mewujudkan modal insan negara yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani, sosial dan komunikasi. Usaha ini memerlukan kerjasama antara pendidik, ibu-bapa dan komuniti.

  • Program PERMATA Negara memfokuskan pada asuhan dan didikan awal untuk kanak-kanak yang memenuhi kriteria berikut:

i. Berumur satu hingga empat tahun
ii. Menetap di pinggir atau luar bandar
iii. Keluarga berpendapatan rendah
iv. Berbilang kaum dan agama

  • Penglibatan ibu bapa dan komuniti adalah penting dalam pembelajaran anak-anak dan mempunyai matlamat secara keseluruhannya untuk meningkatkan kesediaan kanak-kanak memasuki alam pra dan sekolah rendah dengan persediaan pelbagai aspek perkembangan

  • Fokus kepada merangsang perkembangan holistik dan intervensi awal kanak-kanak dari lahir  hingga ke usia pra persekolahan.

Website Permata Negara

Boleh layari web page Permata Negara di http://www.permata.jpm.my atau blog di http://permata-negara.blogspot.com/

Tak lupa juga : Expo 2011


Tarikh:    10 - 12 December 2011
Masa :   10 Pagi hingga 5 Petang
Tempat:  Aras bawah Dewan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur

Dan apa yang penting " MASUK ADALAH PERCUMA'

Jom ramai ramai pg kat expo ni ;) , banyak sangat aktiviti-aktiviti yang menarik kat sini seperti:-
  • Persembahan kebudayaan
  • Tayangan Video
  • Aktiviti Pameran
  • Demonstrasi
  • Acara Pentas 
  • Persembahan Kesenian
  • Aktiviti Interaktif bersama pengunjung

Sunday, 5 June 2011

RUMAH SELAMAT UNTUK BAYI

Ibubapa bimbang tak berhabisan bagaimana hendak melindungi anak mereka daripada penganiayaan kanak-kanak atau penculikan, tetapi tak memikirkan satu ancaman yang besar kepada keselamatan dan kesejahteraan anak mereka - rumah sendiri. Di Malaysia, kecederaan adalah penyebab utama kematian di kalangan kanak-kanak bawah umur 14. Data dari UK menunjukkan mereka yang paling menghadapi risiko kemalangan di rumah adalah kanak-kanak bawah empat tahun. Kejatuhan merupakan majoriti kemalangan yang tidak membawa maut, manakala bilangan kematian yang paling tinggi disebabkan kebakaran.

Oleh itu, jangan tunggu bencana menimpa sebelum memikirkan tentang aspek keselamatan untuk ketibaan bayi baru di rumah anda. Dengan perancangan rapi dan sedikit peralatan, anda akan bersiap sedia bila tiba masanya bayi anda bersedia untuk meneroka.

Dengan beratus-ratus alat keselamatan bayi yang terdapat di pasaran, tidak boleh dinafikan peranti keselamatan yang paling penting ialah kawalan anda sendiri. Tak kira betapa lengkapnya anda dari segi peralatan, anda masih perlu sentiasa berjaga-jaga tentang pelbagai bahaya yang mungkin ada.

Jika sangsi, pastikan anda sentiasa membawa bayi bersama apabila membuka pintu untuk pelawat atau menjawab telefon.

Beberapa tindakan keselamatan tertentu boleh digunapakai untuk semua bilik. Berikut adalah beberapa pendekatan yang boleh diambil:

• Pasangkan penutup keselamatan bagi semua soket elektrik yang tidak diguna. Pastikan palam yang terpasang ditutup suis.

• Pasangkan pelindung berkusyen kepada semua sudut meja kopi dan meja tulis yang tajam.

• Fikirkan tentang bahaya yang mungkin barang-barang yang anda masukkan ke dalam tong. Jika anda menggunakannya untuk membuang bateri yang terpakai, klip kertas, beg plastik, atau lain-lain item berbahaya, letakkannya di luar capaian bayi, atau dalam almari yang tidak boleh dibuka oleh anak anda.

• Simpan pen, gunting, pembuka surat, stapler, klip kertas dan lain instrumen tajam dalam laci yang berkunci.

• Kebakaran domestik merupakan satu daripada risiko terbesar bagi kanak-kanak. Kanak-kanak yang bermain dengan mancis dan pemetik api kerap mencetuskan kebakaran rumah. Di UK, 46 peratus kemalangan yang menyebabkan kematian kanak-kanak adalah kebakaran rumah. Simpan mancis dan pemetik api di luar pandangan dan capaian kanak-kanak. Padamkan dan buang putung rokok dengan sempurna. Adakan rancangan menyelamatkan diri, dan berlatih menggunanya beberapa kali supaya bersedia untuk kebakaran.

Pasang penggera asap yang mematuhi BS 54466 dan periksanya secara kerap. Pasang pengesan asap dalam semua bilik tidur dan satu di dekat dapur. Periksa semua pengesan itu setiap bulan untuk memastikan semuanya berfungsi baik dan tukarkan bateri setiap tahun. Pengesan asap yang berfungsi boleh mengurangkan kebarangkalian mati akibat kebakaran sebanyak 50 peratus.

• Cuba elakkan langsir dan bidai yang mempunyai tali - tali tergantung boleh menyebabkan cekikan. Jika anda mempunyainya, ikat tali itu tinggi ke atas, luar dari capaian anak anda.

• Letakkan stiker berwarna-warni pada kaca-kaca berukuran besar seperti pintu gelangsar untuk mencegah daripada tidak ternampak. Tingkap sorong harus hanya boleh dibukakan dari atas dan dipasang kunci untuk menghindarkan kanak-kanak kecil membukanya dari bawah. Pasang tingkap yang rendah supaya tidak boleh dibuka lebih dari 5 inci. Letakkan perabot dan lain struktur yang boleh dipanjat jauh dari tingkap.

• Letakkan lapisan menentang gelincir di bawah hamparan dan tikar yang tidak mempunyai lapisan belakang itu.

• Gunakan get keselamatan dan get pintu. Pasangkan get keselamatan (ke BS 4125) di sebelah atas tangga dan satu lagi pada tiga anak tangga dari bawah. Ini akan menghentikan bayi atau anak bertatih anda daripada memanjat ke atas dan mendapati dia tak dapat turun kembali. Ingatlah bahawa keselamatan kanak-kanak itu berterusan. Get yang anda letak di bahagian atas tangga bagi anak berusia setahun akan menjadi rangka kegemaran yang membolehkan dia memanjat di usiaduatahun.

• Jangan sekali-kali meninggalkan barang-barang atas tangga yang boleh menyebabkan orang terjatuh. Tangga harus disenggara dengan rapi - karpet yang rosak atau usang haruslah dibaiki atau dibuang. Pastikan pelepas teguh dan tidak mempunyai takuk untuk memanjat. Tangga mesti sentiasa bercahaya terang.

• Setiap tahun, beratus kanak-kanak dirawat dalam jabatan kasualti berhubung kecederaan akibat kejatuhan. Sebaik saja bayi anda mula merangkak, anda mungkin memerlukan get keselamatan untuk mencegah dia daripada memasuki bilik-bilik yang dilarang.

• Sorok lampu dan alat elektrik di belakang perabot berat atau gunakan peranti pemegang wayar khusus supaya wayar tak ternampak. Lampu tinggi mungkin tergolek jika bayi menariknya, jadi letakkan kukuh di belakang perabot.

• Awasi barang-barang yang boleh mengepit jari, seperti engsel pintu, bangku seterika dan kerusi anduh. Fikirkan jika perlu membeli pelindung engsel.

• Simpan bahan-bahan pertolongan cemas dalam almari yang berkunci, tak boleh dicapai, dan pastikan saudara-mara dan orang lain tahu di mana hendak mendapatkan bekalan itu di rumah anda dan bagaimana hendak respon dalam kecemasan. Pastikan rumah anda sudah bebas racun untuk melindung anak-anak anda daripada bahan berbahaya.

• Insidens lecur air dan api bagi kanak-kanak muda adalah lebih tinggi daripada kanak-kanak tua dan orang dewasa. Kebanyakan kelecuran disebabkan minuman panas tertumpah. Ingatlah bahawa minuman panas masih boleh melecurkan kanak-kanak 15 minit selepas disediakan. Dan jangan sekali-kali menghulurkan minuman panas kepada ibu yang sedang menyusu - setitik cecair panas itu pun boleh melecurkan bayi dan juga ibu.

Jika anda duduk di apartmen bertingkat tinggi, fikirkan tentang pemasangan gril keselamatan pada tingkap dan balkoni anda.

Friday, 3 June 2011

Memandikan bayi anda secara selamat

Bayi anda mungkin amat suka berkecimpung dalam air, namun begitu ada peraturan-peraturan yang harus dipatuhi untuk membuat waktu mandi selamat selain menyeronokkan. Yang utama dan paling penting ialah supaya jangan meninggalkan bayi anda berseorangan dalam besen atau tab mandi. Baca seterusnya untuk mendapatkan tip-tip tentang bagaimana memastikan bayi anda bersih dan tidak terancam.


Apakah suhu yang sesuai untuk air mandi bayi saya?

Pastikan air mandi itu suam selesa tetapi tidak panas sebelum memasukkan bayi anda ke dalamnya. Air yang dipanaskan sehingga 37 darjah C adalah paling sesuai.

Anda boleh membeli termometer untuk menentukan suhu air mandi itu. Setengah termometer direka bentuk sebagai mainan mandi bayi yang selamat dan menyeronokkan. Jika anda tiada termometer, letakkan siku anda ke dalam air untuk menguji sama ada ia terlalu panas atau terlalu sejuk.


Tuangkan air sejuk ke dalam besen dahulu, kemudian air panas. Ini akan mengurangkan risiko melecurkan bayi anda. Jangan sekali-kali meletakkan bayi anda dalam besen atau tab semasa air paip sedang mengalir. Suhu air boleh berubah dengan pantas.


Jika anda menggunakan tab orang dewasa, tutupkan semua kepala paip. Ajar bayi anda supaya tidak menyentuh kepala paip dalam masa dia sedang membesar dan bertatih. Walaupun dia tak pandai membukakan paip sekarang, namun, tak lama lagi dia akan mempunyai cukup tenaga untuk membukanya, dan dia boleh melecurkan kulit sendiri.


Jika anda mempunyai kedua-dua kepala paip air panas dan sejuk, anda boleh memasang injap kepada kepala paip panas yang mencampurkan air. Ini akan mengawal suhu air supaya tidak terlalu panas apabila ianya keluar dari kepala paip. Kanak-kanak boleh melecur kulit darjah dua dan tiga dalam beberapa saat sahaja dia berendam dalam air yang terlalu panas.


Walaupun air mandinya mungkin suam, suhu badan bayi anda boleh menurun dengan pantas apabila anda keluarkannya dari air mandi, jadi pastikan bilik anda panas selesa. Apabila mengangkat bayi anda dari besen mandi, balutkan dia dengan tuala dan tutup kepalanya sebelum memakaikan lampinnya.


Lepas itu, balutkan bayi dalam tuala kering atau selimut sekali lagi, dan peluk dia selama 10 minit untuk memanaskan badannya. Apabila dia sudah memakai baju, balutkan dia dalam selimut yang kering dan suam.



Berapa dalamkah sepatutnya air mandi itu?

Untuk bayi baru lahir dan bayi lebih kurang daripada enam bulan, penuhkan besen dengan 13 sentimeter (5 in) air. Atau pastikan air cukup untuk bayi berbaring dalam air dengan bahunya betul-betul terendam.

Jangan sekali-kali meletakkan bayi anda ke dalam air besen yang lebih tinggi dari pinggangnya (posisi duduk) untuk bayi lebih tua dan juga kanak-kanak. Jangan sekali-kali meletakkan bayi anda ke dalam besen atau tab semasa air sedang mengalir turun. Kedalaman air boleh naik sehingga menjadi terlalu dalam.



Bagaimanakah untuk memegang bayi dengan selamat di dalam air?

Anda mungkin mahu menggunakan alat penyangga untuk membebaskan tangan anda supaya boleh mencuci bayi. Jika bayi anda belum boleh duduk, endul mandi bayi akan membendungkan bayi di dalam air. Jika dia sudah boleh duduk sendiri, anda boleh menggunakan kerusi mandi bayi.

Sentiasalah berada di samping bayi semasa dia sedang mandi, samada anda menggunakan
besen atau penyangga mandi. Bayi boleh tenggelam lemas dalam air kurang dari 3 sentimeter dan dalam beberapa saat sahaja bayi boleh tergelincir ke dalam air dan tak berupaya menyelamatkan diri.

Selang setahun di UK, terdapat lebih kurang seorang bayi mati lemas dan yang lain mendapat kecederaan serius setelah ditinggal bersendiriran untuk sekejap masa walaupun berada dalam penyangga mandi bayi.


Jika anda menggunakan tab mandi, letakkan pelapit getah di lantai tab. Semasa bayi anda sedang membesar, latihkan supaya dia tetap duduk dalam tab pada bila-bila masa. Ini menggalakkan dia untuk tidak berdiri, tergelincir atau hilang imbangan.



Berapa kerapkah harus saya mandikan bayi saya?

Terpulang kepada anda berapa kerap anda memandikan bayi anda. Waktu mandi boleh menjadi acara harian yang seronok dan relaks bagi anda dan bayi anda. Tetapi, jika anda enggan memandikan bayi anda setiap hari, sekali atau dua kali seminggu adalah sesuai semasa bulan pertama.

Asalkan anda menggelap dari atas ke bawah, dan menyapukan semua kekotoran yang ternampak pada hari-hari dia tidak dimandikan, bayi anda sudah cukup bersih.


Apabila bayi anda
berusia dua bulan anda mungkin mahu membuatkan mandi bayi sebagai sebahagian rutin tidur. Walau bagaimanapun, anda tak perlu membasuh rambut bayi setiap hari. Rambutnya mengeluarkan hanya sedikit minyak sahaja, jadi sekali seminggu adalah memadai.

Gunakan sabun lembut dan tiada mengandungi air wangi atau produk cecair mandi bayi neutral pH. Jika kulit bayi anda terasa kering atau kemerahan, anda boleh mencampurkan sedikit emolien mandi ke dalam air mandi. Menggunakan emolien boleh membuatkan kulit bayi anda licin, jadi peganglah bayi anda dengan kukuh tetapi lembut semasa dia di dalam air.



Adakah selamat untuk berkongsi tab mandi dengan bayi saya?

Adalah selamat untuk berkongsi tab mandi dengan bayi anda apabila dia berusia dua bulan, selagi anda yakin boleh memegangnya dengan baik. Anda akan memerlukan seorang berdekatan untuk membantu menghulurkan bayi kepada anda dalam tab, dan mengambilnya daripada anda semasa anda keluar dari tab.

Sebaliknya, suami anda boleh masuk bersama bayi dalam tab, dengan anda membantu. Tiada yang boleh menandingi sentuhan kulit-ke-kulit untuk
mengukuhkan pengikatan antara bapa dan bayi.

Sesiapa yang akan bersama bayi dalam tab mestilah mandi atau mencuci badannya dahulu. Kemudian sediakan bilik mandi dan tab mandi seperti disebutkan di atas.



Bolehkah saya keluar dari bilik mandi untuk sebentar?

Tidak. Jangan sekali-kali meninggalkan bayi anda dalam besen atau tab tanpa kawalan. (Ya, ini adalah penting, sebab itu kami mengulanginya sekali lagi.)

Sediakan semua yang anda perlukan untuk memandikan bayi anda sebelum bermula, iaitu tuala-tuala, sabun dan lain perlengkapan mandi, lampin yang bersih dan baju tidur, di tempat yang senang untuk dicapai. Jika ada orang yang mengetuk pintu atau jika telefon berbunyi dan anda merasakan anda perlu menjawabnya, angkat bayi, balutkan dia dengan tuala dan bawa bersama anda. 

Just for sharing =)

Credit to http://www.babycenter.com.my - best website to know your baby.. 
 

Thursday, 2 June 2011

7 sebab bayi anda menangis dan anda tak perlu mengamuk

Apakah sebabnya bayi menangis? 

Semua bayi menangis pada masa-masanya. Mereka perlu menangis. Bayi baru lahir yang sihat pun akan menangis juga sebanyak satu hingga tiga jam sehari. Disebabkan mereka tak dapat membuat sebarang apapun untuk diri sendiri, bayi bergantung kepada orang lain untuk memberi mereka makanan, kepanasan dan keselesaan yang mereka perlukan. Tangisan adalah cara bayi memberitahu salah satu daripada keperluan itu.

Sebagai ibu atau bapa baru, ada masanya anda mendapati sukar untuk menentukan apakah yang diperlukan bayi - adakah dia lapar, sejuk, haus, bosan atau mahu dipeluk? Di hari-hari awal, apabila anda belum lagi tahu bagainama untuk menentukan keperluan bayi anda, tangisan ini boleh membuat anda rasa bimbang. Namun begitu, lambat laun anda akan mula mengecam gaya tangisan bayi anda yang berlainan dan, setelah anda lebih mengenalinya, akan dapat mendahului keperluannya.


Semasa membesar, bayi juga akan mempelajari lain-lain cara untuk berkomunikasi dengan kita. Mereka menjadi lebih cekap menyatakan sesuatu dengan menggunakan mata, membuat bunyi-bunyian, dan juga dengan
senyuman, semuanya mengurangkan keperluan untuk menangis. Sebab-sebab biasa bayi menangis disenaraikan di bawah. Jika anda mempunyai bayi yang susah untuk ditenangkan, cubalah panduan ini satu persatu. Dengan cara ini, anda akan terasa senang hati sebab anda telahpun cuba memenuhi keperluan dia seberapa banyak yang boleh.

1. Saya perlukan makanan

Kelaparan adalah sebab utama bayi baru menangis. Lebih muda bayi itu, lebih kemungkinan dia menangis sebab dia lapar. Pengecualian kepada ini ialah pada masa sehari dua selepas kelahiran, apabila bayi makan amat sedikit. Jika anda mengamalkan penyusuan badan, anda mungkin sedar akan perkara ini, sebab susu terawal kolostrum yang sangat pekat dikeluarkan dalam jumlah yang sedikit dan anda juga sedar bahawa susu "mula datang" sekitar hari ketiga. Perut bayi yang kecil tidak dapat menyimpan begitu banyak, jadi, jika bayi anda menangis, cuba berikan dia susu, sebab besar kemungkinannya dia lapar. Dia tidak akan berhenti menangis dengan serta merta, tetapi teruskan penyusuan jika dia mahu, dan dia akan mula bertenang apabila perutnya terisi. Walau bagaimanapun, jika bayi anda sudah disusukan dan dia masih menangis, mungkin dia menyatakan keperluan seterusnya.

2. Saya perlukan keselesaan

Bayi sudah tentu akan membantah jika baju mereka terlalu ketat atau jika lampin kotor mengganggu mereka. Setengah bayi tidak membantah jika lampin mereka penuh - ia cuma terasa panas dan selesa bagi mereka - manakala yang lain akan menjerit dan minta ditukarkan dengan serta merta, terutama sekali jika kulit mereka terasa jengkel. Memeriksa lampin bayi dan menukarkannya mungkin akan memenuhi keperluan dia, jadi memang elok mencuba. Ia juga memberi peluang untuk anda memeriksa yang lampinnya tidak terlalu ketat atau tiada perkara lain bersabit pakaiannya yang membuatkan dia tidak selesa.

3. Saya perlu nyaman dan selesa - tidak terlalu panas atau sejuk

Setengah bayi baru lahir tidak suka ditukarkan lampin atau dimandikan - mereka tidak biasa merasakan udara menyentuh kulit mereka dan lebih suka dibalut panas. Jika bayi anda seperti ini, anda akan cepat tahu bagaimana hendak menukarkan lampin dengan segera supaya bayi anda boleh bertenang semula. Namun begitu, berhati-hatilah supaya tidak memakaikan terlalu banyak lapis baju, sehingga dia akan terlalu panas. Satu petua ialah dengan mengingatkan yang dia memerlukan satu lapis pakaian lebih daripada anda untuk selesa.

Jika dia berada di kot atau raga pembawanya, cuba gunakan cadar atau selimut berlubang-lubang sebagai kain penutup bukan duvet untuk membolehkan anda menambah atau membuangkan satu lapisan apabila perlu. Anda boleh memeriksa samada bayi anda terlalu panas atau sejuk dengan merasa perutnya: jika dia terasa terlalu panas, buangkan satu lapisan selimut, jika dia sejuk, tambah satu. Jangan berpandu kepada suhu tangan atau kakinya, sebab adalah normal bagi kaki dan tangan terasa agak sejuk. Memang mudah untuk membeli termometer di Malaysia (kebanyakan farmasi menjualnya) dan anda boleh menggunakannya untuk mengambil suhu badan bayi anda jika kurang pasti. Kekalkan suhu di bilik bayi anda pada 24 darjah C / 75.2 darjah F, dan letakkan dia menelentang dengan kaki di hujung kot supaya dia tak boleh turun bergeliang geliut sehingga tenggelam di bawah selimut dan menjadi terlalu panas.


4. Saya perlu dipeluk

Setengah bayi sangat perlu dipeluk dan dimanjakan. Bayi yang lebih tua akan menjadi tenang jika dia boleh nampak anda dan mendengar suara anda dalam bilik, tetapi, bayi baru lebih memerlukan sentuhan fizikal untuk menjadi selesa. Jika anda telah memberi bayi makan dan menukar lampinnya, anda akan dapati bahawa sekarang dia hanya mahu dipeluk. Setengah ibu dan bapa bimbang bayi mereka akan menjadi terlalu manja jika dia didukung berlebihan, tetapi semasa bulan-bulan pertama kehidupannya, perkara ini tidak mungkin. Separuh bayi tidak perlu terlalu banyak sentuhan fizikal, manakala yang lain mahu dipeluk hampir sepanjang masa. Jika bayi anda perlu banyak didukung, anda mungkin mahu mencuba gendongan bayi, yang membenarkan bayi anda rapat dengan anda dan membebaskan tangan anda untuk menjalankan kerja lain; ini mungkin penyelesaian yang akan membuat anda berdua bahagia.

5. Saya perlukan rehat

Memang senang untuk menyangkakan yang bayi akan tertidur apabila mereka terasa nak tidur, di manapun mereka berada, sebab kebanyakan bayi berbuat demikian. Tetapi, jika bayi anda telah mendapat terlalu banyak perhatian - mungkin hari itu sibuk dan ramai pelawat datang ke rumah - dia mungkin terlalu terangsang dan mendapati sukar untuk "tutup suis" dan bertenang. Bayi baru lahir mendapati sukar untuk mengurus rangsangan yang terlalu banyak pada satu-satu masa - cahaya lampu, bunyi bising, di hulurkan dari seorang saudara tersayang kepada yang lain - hingga boleh menjadi gelisah. Ramai ibubapa mendapati bayi menangis lebih dari biasa apabila suadara mara datang melawat, atau apabila petang menjelma. Jika tidak ternampak sebab spesifik bayi anda menangis, dia mungkin cuba memberitahu anda, "Saya dah tak tahan lagi". Jika anda bawa dia ke tempat yang tenang dan senyap, kurangkan ransangan secara perlahan, dia mungkin akan mengeskspresikan perasaannya dengan menangis sekejap sebelum betenang dan terus dapat tidur.


6. Saya perlukan sesuatu untuk membuat saya rasa lebih sejahtera

Jika anda telahpun memberi bayi makan dan memastikan dia selesa, tetapi dia masih terus menangis, anda mungkin tertanya-tanya samada dia sakit atau mengalami kesakitan. Mereka, ibubapa buat pertama kali, sering mendapati sukar untuk mengetahui samada bayi menangis sebab dia sebenarnya seorang yang bersifat sedih (separuh bayi begitu, dan mereka mengambil masa yang panjang untuk menyesuaikan diri untuk hidup di dunia) atau samada memang ada sesuatu yang tak kena. Bayi yang sakit lazimnya menangis dengan suara yang berlainan daripada tangisan biasa - ianya mungkin berbunyi cemas atau nyaring. Begitu juga dengan bayi yang sering menangis; sekiranya dia mula berdiam ini mungkin petanda yang dia kurang sihat. Yang paling penting untuk diingati ialah tiada siapa yang mengenali bayi anda seperti anda sendiri. Jika anda rasakan mungkin ada masalah tertentu, hubungilah ahli pediatrik atau doktor keluarga anda. Ahli kesihatan profesional lazimnya akan mempertimbangkan kebimbangan anda secara serius, dan anda akan merasa lebih tenang jika diberitahu tiada sebab fizikal bayi anda menangis. Anda mestilah memanggil doktor jika bayi anda mengalami kesesakan nafas apabila dia menangis, atau jika tangisan diikuti dengan:

  • muntah-muntah
  • diarea
  • konstipasi
Lihat artikel kami tentang bila harus memanggil doktor untuk panduan lanjut.

7. Saya perlukan sesuatu ... tetapi saya tak tahu apa yang saya mahu

Kadangkala anda mungkin tidak dapat menduga apakah masalahnya apabila bayi anda menangis. Ramai bayi baru lahir melalui masa-masa bilamana dia meragam dan tidak senang untuk dipujuk. Ketidak gembiraan boleh berbeza antara tangisan yang berlanjutan beberapa minit dan tidak boleh dipujuk kepada tangisan beberapa jam pada satu-satu masa, tangisan yang tak berhenti-henti yang kadangkala dikenali sebagai kembung kolik. Kolik didefinisikan sebagai tangisan yang tidak dapat ditenangkan yang berlalu selama sekurang-kurangnya tiga jam sehari, tidak kurang dari tiga hari dalam seminggu. Ramai ibubapa mendapati sukar untuk menguruskan bayi yang menghidap kolik, dan keadaan itu boleh menyebabkan ketegangan bagi seluruh keluarga. Tiada rawatan ajaib bagi kolik, tetapi keadaan itu tidak akan berlanjutan lebih dari tempoh tiga bulan. Jika anda sentiasa boleh mengingatkan bahawa keadaan bayi anda itu akan pulih apabila dia membesar, itu mungkin membantu.

Anak saya sedang menangis - apa harus saya lakukan?

Ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk cuba menenangkan bayi yang menangis. Tidak semuanya berkesan untuk semua bayi, jadi anda perlu memahami bayi anda sedikit demi sedikit untuk mengetahui apa yang sesuai baginya dan bagi anda.

Selimutkan dia dan peluk dengan rapi
Bayi baru lahir menunjukkan kegemaran untuk rasa rapat dan selamat, sama seperti masa di dalam rahim, jadi anda mungkin mahu cuba membedungkan bayi anda dengan selimut dan memerhatikan samada dia suka dibedung. Ramai ibu dan bapa juga mendapati bahawa memeluk bayi rapat, terutama sekali apabila bayi boleh mendengar denyutan jantung ibubapa, atau meletakkan bayi dalam gendongan menyamankan. Bayi lain mendapati bedung terlalu menyekat dan lebih sukakan lain cara untuk ditenteramkan seperti dibuai atau dinyanyikan.

Dapatkan ritma yang teratur
Dalam rahim, bayi anda boleh kedengaran denyutan jantung anda: itu satu sebab bayi masih suka dipeluk rapi. Walau bagaimanapun, lain bunyi yang teratur dan berulang boleh juga mendatangkan kesan tenteram. Anda boleh cuba memainkan muzik yang lembut atau menyanyi senandung buaian. Ramai ibubapa mendapati yang bayi mereka boleh mendengar ritma mesin basuh kain yang teratur atau bunyi bercorak 'hingar putih' yang dihasilkan oleh pembersih vakum atau pengering rambut, yang akan menidurkan dia dalam sedikit masa. (Jangan sekali-kali meletakkan bayi anda di atas mesin basuh atau pengering kain - bila-bila masapun, letakkan dia atas lantai berdekatan dengan mesin itu.)

Buai-buaikan bayi
Kebanyakan bayi suka dibuai perlahan, dan anda akan mendapati bahawa bayi anda akan bertenang akibatnya, samada anda berjalan-jalan sambil menghayunkan dia atau duduk dengannya atas kerusi goyang. Buaian khas bayi boleh menenangkan setengah bayi, tetapi bayi lain lebih selesa dengan keadaan yang lebih pantas dan akan tidur sebaik saja mereka dibawa berjalan dalam kereta.

Cubakan urutan
Memberi bayi anda urutan atau menggosok belakang atau perutnya dengan perlahan boleh membantu menenangkan dia. Jika dia ternampak seakan-akan kesakitan disebabkan angin, cuba menyusukan dia dalam posisi tegak dan menepuk dia selepas penyusuan dengan menyandarkan dia di bahu anda. Bayi yang menghidap kolik kadangkala terasa reda jika perut mereka digosok, dan anda pun akan berpuas hati sebab sekurang-kurangnya telah mencuba membantu bayi yang cemas.

Biarkan dia menghisap sesuatu
Bagi setengah bayi baru lahir, dorongan untuk menghisap amat kuat dan menghisap puting atau jari (yang bersih) atau ibu jari boleh mendatangkan ketenangan yang banyak. "Hisapan penyelesa" boleh mengaturkan kadar denyutan jantung bayi, merelakskan perutnya dan membantu dia bertenang.

Jangan menaruh harapan yang terlalu tinggi terhadap diri anda
Bayi yang menangis tidak berhenti-henti tidak akan memudaratkan dirinya dalam jangka masa panjang, tetapi mungkin menyebabkan banyak stres dan kebimbangan bagi ibubapanya. Jika bayi anda kelihatan tidak gembira berada di sini dan menolak sebarang usaha anda untuk menceriakan dia atau menenangkan dia, ini akan menyebabkan anda merasa tidak disayangi selain kecewa. Ibubapa sering menyalahkan diri sendiri, merasakan yang ketidakcekapan mereka sebagai ibibapalah yang menyebabkan tangisan itu, tetapi ini bukan hakikatnya. Jika anda sudah pasti keperluan bayi anda telah dipenuhi, dan tiada perkara fizikal yang menyebabkan bayi anda menangis, dan jika anda telah mencuba segalanya untuk menenangkannya tetapi tiada yang berhasil, sudah tiba masanya bagi anda menjaga diri sendiri supaya anda tidak terasa tertewas. Di sini diberikan beberapa cadangan:

• Tarik nafas panjang.

• Letakkan bayi anda di satu tempat buat sementara dan biarkan dia menangis untuk seketika tanpa didengari oleh anda.

• Jika membantu, mainkan muzik yang nyaman dan relakslah sendiri untuk 10 minit.

• Panggil kawan atau saudara untuk mendapatkan sokongan. Berehatlah buat sementara dan biarlah orang lain menjaga bayi anda untuk sekejap.

• Berbincanglah dengan doktor dan kumpulan sokongan dan kumpulan ibu-dan-bayi di mana anda boleh berkongsi pengalaman dan berbincang dengan lain-lain ibu dan bapa cara menangani tangisan itu.

• Ingatkan diri anda bahawa bayi anda tiada mempunyai sebarang masalah dan tangisan itu tidak akan mencederakan dia. Kadangkala cuma dengan menerima kenyataan yang anda mempunyai bayi yang banyak menangis akan membantu, sebab anda tidak akan membuat diri anda letih dengan mencari-cari sebab-sebab tangisan itu, menyalahkan diri anda, atau melakukan pelbagai rawatan yang tidak berkesan.

• Ingatkan diri anda bahawa ini fasa sementara dan akan berlalu.

Menjadi ibu atau bapa bayi baru lahir merupakan tugas yang berat. Menjadi ibu atau bapa bayi baru lahir yang banyak menangis adalah tugas yang lebih berat lagi. Dapatkan bantuan dan sokongan apabila anda memerlukannya, jangan menunggu sampai masalah itu menjadi teruk. Dan bertenanglah dengan mengingatkan bahawa setiap hari, apabila bayi semakin membesar, dia akan mempelajari cara-cara baru untuk mengkomunikasikan keperluan dia kepada anda. Dengan perlahan, apabila dia mula berbuat demikian, tangisan itu akan berhenti. 

Just for sharing =)

Credit to http://www.babycenter.com.my - best website to know your baby.. 

Wednesday, 1 June 2011

GAYA TIDUR BAYI



GAYA TIDUR BAYI


Pengenalan
 
Pada keseluruhannya, bayi akan lebih tidur pada waktu siang dan malam hari, ia hanya akan terjaga apabila tiba waktu makan. Bayi yang baru lahir tidak dapat membezakan siang atau malam dan boleh tidur dalam purata 16 jam sehari, 2-4 jam terus menerus di antara waktu makan.


Gaya Tidur

Setiap bayi mempunyai keunikan gaya tidur secara tersendiri.

  • Bayi yang baru lahir pada keseluruhannya akan tidur 16-20 jam sehari dan terjaga apabila tiba waktu makan.
  • Masa terpanjang untuk bayi tidur selalunya 4-5 jam bergantung kepada daya tahan lapar.
  • Tiada jadual tidur yang tetap untuk bayi yang baru lahir. Pada biasanya, bayi akan mula mengenali waktu malam ketika berumur 3 bulan. Lebih kurang 90% bayi pada peringkat ini akan tidur sepanjang malam, iaitu 6-8 jam.
  • Kadangkala bayi akan menangis atau membuat bunyian jika tidak nyenyak tidur. Mereka akan terbangun dengan sendirinya semasa tidur di waktu malam. Ibubapa tidak perlu risau pada ganggguan ini kerana bayi perlu belajar untuk berada dalam keadaan ini.
  • Sekiranya bayi anda menangis berterusan selama beberapa minit, anda perlu memberi perhatian. Bayi mungkin lapar, basah, sejuk, tidak sihat atau sakit. Beri perhatian dengan segera tanpa perhatian yang berlebihan kerana bayi perlu meneruskan tidurnya.

Posisi Tidur

American Academy of Paediatrics mencadangkan posisi tidur yang sihat bagi bayi adalah "TIDUR TERLENTANG" dan bukan meniarap atau mengiring. Kejadian kematian bayi secara mengejut (Sudden Infant Death Syndrome-SIDS) telah berkurangan ke 50% semenjak posisi tidur ini dicadangkan pada tahun 1992. Posisi ini dikecualikan pada bayi yang cacat di bahagian kepala atau mempunyai lidah besar yang akan menyekat penafasan.

Tempat Tidur
 
Cadangan tempat tidur bayi :

  • Tidurkan bayi secara terlentang di atas tilam yang padat dan kemas di katil bayi mengikut tahap keselamatan terkini.
  • Jangan menggunakan bantal, pelapik tilam, selimut, permainan yang ada isian dan pengadang katil yang tidak selamat.
  • Jika menggunakan selimut, posisikan kaki bayi di penghujung palang katil.
  • Selimutkan bayi dengan selimut yang nipis ke paras dadanya.
  • Pastikan kepala bayi tidak tertutup dengan selimut apabila tidur.
  • Jangan tidurkan bayi atas tilam air, sofa, tilam yang lembut, bantal atau di permukaan yang lembut.
  • Pastikan bayi memakai pakaian yang nipis semasa tidur dengan suhu bilik yang sesuai.
  • Elakkan menyelimut bayi secara berlebihan dan pastikan suhu badan bayi tidak panas.
  • Bayi sepatutnya tidur terlentang. Bayi boleh di tiarapkan ketika jaga untuk perkembangan otot, mata dan bagi mengelakkan belakang kepala bayi menjadi leper.

Mengikut laporan, bayi yang berkongsi katil dengan orang lain boleh membahayakan bayi tersebut. Ikutilah panduan-panduan berikut:-

  • Letakkan katil bayi berdekatan dengan katil ibubapa untuk memudahkan penyusuan ibu dan sentuhan.
  • Sekiranya ibu memilih untuk menyusukan bayi di atas katil, pastikan bayi tidak tidur dalam posisi meniarap di permukaan tilam yang lembut atau cadar yang tidak kemas/longgar. Katil perlu dijauhkan dari dinding dan perabot untuk mengelakkan bayi daripada tersepit.
  • Orang dewasa selain dari ibubapa, anak-anak yang lain tidak boleh berkongsi tempat tidur dengan bayi.
  • Ibu atau bapa yang memilih untuk berkongsi tempat tidur dengan bayi tidak boleh merokok, menggunakan dadah atau mengambil alkohol yang akan membahayakan penjagaan bayi.

Membantu Bayi Tidur
 
Anda boleh menidurkan bayi anda dengan mengenalpasti masa yang sesuai untuk tidur dan menyediakan tempat tidur yang selesa dan selamat.

  • Hindarkan rangsangan yang berlebihan ketika menyusukan bayi di waktu malam dan ketika menukar lampin.
  • Gelapkan bilik dan pastikan bilik adalah selesa dan senyap.
  • Pakar menasihatkan agar bayi dipangku sebelum tidur dan dialih ke katil sebelum bayi tidur. Dengan cara ini bayi akan belajar tidur dengan sendiri.
  • Memainkan muzik yang berirama perlahan bila tiba waktu tidur, dengan muzik ia boleh membentuk jadual tidur berkala. 
Just for sharing =)

Credit to http://www.infosihat.gov.my

Sunday, 12 December 2010

ASID FOLIC

Kebaikan asid folic

Kepentingan asid folik di kehamilan trimester pertama

-Pengambilan asid folik semasa mengandung amat penting.Pil asid folic ini membantu anda dalam mengurangkan risiko kecacatan janin, iaitu otak dan saraf tunjang.Pembentukan tiub nueral anak anda berlaku dalam minggu awal kehamilan.Tiub neural ini membentuk otak dan saraf tunjang.Kecacatan pembentukkan tiub neural ini dipanggil spina bifida dan anencephaly.


Kecacatan bayi-Spina bifida

-kecacatan bayi kekurangan vitamin asid folikApabila saraf tunjang dan tulang belakang tidak tertutup,selaput dan cecair tulang belakang kelihatan keluar dari kulit belakang bayi.Kebanyakan spina bifida, sebahagian saraf tunjang dapat dilihat keluar dan rosak.

-Bayi spina bifida boleh hidup. Kecacatan yang dialami adalah sepanjang hayat sperti lumpuh anggota kaki, tiada kawalan keatas pundi kencing dan usus, kecacatan mental dan hidrosefali.


Kecacatan janin-Anencepahly

-Otak dan tengkorak kepala tidak membentuk normal.Ini menyebabkan sebahagian otak dan tulang tengkorak tidak terbentuk.Kebanyakan bayi anencepahly mati dalam kandunagn atau selepas dilahirkan.
Apa itu asid folik

-Asid folic adalah sejenis vitamin B iaitu Vitamin B9. Asid folik membantu tubuh anda membentuk sel-sel baru.
Sumber asid folic

-Sumber makanan kaya asid folic ialah sayuran hijau,kacang pea dan bijiran.Terdapat juga dipasaran roti yang diperkaya dengan asid folic.
Bagaimana memilih asid folik

-Pil asid folik di pasaran tersedia dalam dua dos iaitu 400 mikrogram dan 5 miligram(5000 mikrogram).

-Doktor anda lazimnya menggalakkan pengambilan 5 miligram sehari.Pengambilan 400 mikrogram juga mencukupi untuk keperluaan seharian anda.

-Pil asid folik mudah larut dalam air.Jika anda mengambil pil asid folik berlebihan, pil ini akan dibuang melalui air kencing.

-Pil asid folik tidak memerlukan preskripsi doktor. Pil asid folik mudah didapati di farmasi-farmasi dan klinik-klinik.

-Pil ini agak meloyakan disebabkan ba unya yang agak kuat. Jika anda mempunyai masaalah ini, ambilah pil ini pada waktu malam sebelum tidur. Kesan sampingan loya tidak akan rasai kerana anda berada dalamn fasa tidur selepas mengambil pil asid folik ini..
Asid folik dan kehamilan

-Asid folik atau folate atau asid pteroglutamate merupakan vitamin B9 yang amat penting. Vitamin B9 ini mengurangkan risiko kecacatan janin iaitu kecacatan tiub neural. Pil asid folik ini wajib diambil diawal kehamilan dan boleh diteruskan sehingga kelahiran bayi.Sumber-sumber semula-jadi asid folic ialah sayuran hijau, kacang pea dan bijiran.

JAGA KESIHATAN ANAK ANDA

LAZIMNYA pada musim cuti, ibu bapa akan mengurangkan peraturan makan anak-anak. Dalam keadaan begini, tentulah lebih sukar untuk menjaga kesihatan mereka!

Adalah penting bagi ibu bapa memantau tabiat makan anak-anak dan tahap kesihatan mereka sepanjang tahun, lebih-lebih lagi pada cuti sekolah hujung minggu atau cuti penggal. Sempena tahun baru ini, PAG menawarkan tiga petua berguna untuk membantu ibu bapa menjaga kesihatan anak-anak mereka menerusi pemakanan.

Tabiat makan

Pilihan makanan dan tabiat makan selalunya berubah. Sebagai contoh, semasa cuti sekolah anda tidak perlu menyekat anak-anak daripada menikmati makanan kegemaran mereka. Sebaliknya, cuba buat sedikit perubahan seperti mengurangkan saiz sajian dan menghidangkan makanan dalam pinggan lebih kecil untuk mengelakkan anak-anak terlebih makan.

Menurut tinjauan kaji selidik dalam talian PAG baru-baru ini, kira-kira 72 peratus ibu bapa memberitahu mereka memberi anak-anak mereka kurang daripada tiga hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari, tetapi menambah sedikit perasa dan tekstur baru seperti jagung yang disapu mentega, brokoli atau keledek manis ke dalam sajian makanan untuk membantu menjadikan makanan mereka lebih seimbang dan berkhasiat.

Menonton TV

Terlalu banyak menonton TV dan filem, serta bermain permainan video biasanya berlaku pada musim cuti.

Bagaimanapun, jangan melarang anak-anak daripada menonton TV sama sekali. Sebaliknya, PAG mencadangkan supaya anda membuat jadual yang munasabah.

Sebagai contoh, tetapkan had maksimum dua jam untuk menonton TV setiap hari, atau rancang jadual supaya mereka boleh menonton program kegemaran mereka.

Lebih baik lagi, jadikan waktu menonton TV waktu bersama keluarga dengan makan keropok atau bertih goreng sambil menonton filem atau rancangan TV kegemaran seisi keluarga.

Jadualkan pemeriksaan kesihatan

Musim cuti sekolah selalunya mengganggu rutin dan boleh menyebabkan anda terlupa kesihatan anak-anak. Sambil mencatat temu janji sosial, ingatkan diri anda supaya memberi anak-anak anda vitamin atau ubat.

Jika anda membawa mereka bercuti ke mana-mana, jangan lupa membawa bekalan secukupnya supaya anda tidak mengalami sebarang kesulitan sekiranya penerbangan tertangguh.
Simpan salinan preskripsi anak-anak supaya anda tidak menggelabah sekiranya preskripsi asal hilang.

Jaga kesihatan setiap anggota keluarga pada musim cuti ini dengan mengaturkan jadual pemeriksaan kesihatan dengan pakar penjagaan kesihatan profesional dan jangan lupa untuk memastikan mereka mengambil suntikan pelali mengikut jadual imunisasi. Pastikan anak-anak anda dilindungi dengan mendapatkan pemeriksaan doktor.

Petua ini bukan sahaja berguna semasa musim cuti, tetapi juga sepanjang tahun. Menjelang tahun baru, sentiasa utamakan kesihatan anak-anak anda kerana ini adalah tekad paling penting yang boleh anda buat.

Paling penting, ingatlah masa cuti adalah masa untuk keluarga. Inilah masanya untuk anda menghabiskan masa yang berkualiti bersama anak-anak dan peluang untuk anda meneruskan tradisi yang pernah anda lalui bersama ibu bapa anda semasa kecil dahulu.

Luangkan masa sehari untuk menonton wayang bersama keluarga dengan mendaftar di www.pagonline.org.

Artikel ini disumbangkan oleh Kumpulan Ibu Bapa Proaktif (PAG).

CIRIT BIRIT DIKALANGAN KANAK-KANAK

Apa itu cirit birit ?
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mentakrifkan cirit-birit sebagai pembuangan cecair atau najis cair yang terlalu kerap, sekurang-kurangnya 3 kali dalam masa 24 jam. Cirit-birit akut merupakan salah satu dari masalah yang sering dialami oleh kanak-kanak.

Cirit-birit ialah satu keadaan di mana kanak-kanak membuang air besar lebih kerap dari biasa dan najisnya cair.Ia boleh disebabkan oleh beberapa kemungkinan seperti tidak mengamalkan kebersihan diri yang baik, mengambil makanan dan air yang telah tercemar dan keadaan persekitaran yang tidak terjaga dan kotor. Ia juga merupakan salah satu dari punca utama penyakit dan kematian di kalangan kanak-kanak di Malaysia. Cirit-birit mudah menjangkiti kanak-kanak terutamanya bayi yang berusia antara 6 - 12 bulan yang tinggal di persekitaran yang kotor dan juga bayi yang berusia di bawah 6 bulan yang diberi susu botol.

Bagaimana boleh perjelaskan lagi mengenai cirit-birit ini?
Cirit-birit ialah satu keadaan di mana kanak-kanak mengeluarkan najis yang cair yang abnormal berulangkali berbanding dengan keadaan biasa. Ia boleh diselangi dengan muntah-muntah dan kadang-kadang tidak. Pada amnya, ia berpunca dari virus atau bakteria.

Kuman-kuman ini boleh merebak melalui air, makanan, tangan, perkakas-perkakas seperti pinggan mangkuk, lalat dan kotoran yang melekat pada kuku jari.


Bagaimana cirit birit berlaku ?
Bakteria boleh menyebabkan cirit-birit melalui sekurang-kurangnya 3 cara:
1. Penghasilan enterotoksin (bahan beracun yang mempunyai kesan buruk ke atas saluran gastrousus yang boleh
menyebabkan muntah, cirit-birit dan sakit abdomen) yang merangsang rembesan elektrolit (kepekatan ion-ion
yang terpisah dalam edaran darah) yang aktif ke dalam usus.

a. Serangan bakteria yang boleh merosakkan lapisan mukosa usus (pengalas membran yang lembap

dalam saluran gastrousus).
b. Penusukan bakteria yang menyerang lapisan mukosa tetapi ia tidak menghasilkan ulser pada mukosa
usus secara besar-besaran.
c. Kanak-kanak juga boleh mendapat cirit-birit tanpa diserang oleh apa-apa jangkitan, seperti
disebabkan oleh alahan terhadap makanan tertentu dan alahan laktosa. Dalam keadaan ini, badan
menghasilkan sejumlah kecil laktase. Laktase merupakan sejenis enzim yang terdapat di dalam usus.
Ia mencernakan laktosa (sejenis gula yang terdapat di dalam susu atau hasil susu). Apabila laktosa
tidak dapat dicernakan oleh laktase, ia menapai dan menyebabkan cirit-birit.

2. Cirit-birit juga boleh berlaku disebabkan kesan dari pengambilan ubat-ubat tertentu. Ubat-ubat tersebut
terutamanya antibiotik yang digunakan untuk merawat ramai kanak-kanak yang menghidap jangkitan saluran
pernafasan, saluran kencing atau jangkitan-jangkitan lain. Hampir 40% dari kanak-kanak ini mendapat
cirit-birit dipercayai disebabkan oleh gangguan imbangan kehidupan bakteria-bakteria penting dalam usus
kanak-kanak kerana penggunaan antibiotik tadi*.

3. Gangguan-gangguan gastrousus yang lain termasuk keadaan seperti penyakit keradangan usus (seperti
penyakit Crohn.s) dan sindrom gangguan usus (Irritable Bowel Syndrome). IBS selalunya berlaku apabila
kanak-kanak mengalami stres atau tekanan disebabkan sesuatu masalah keluarga.

Apakah yang menyebabkan cirit-birit ?
Cirit-birit boleh disebabkan oleh banyak faktor yang berkemungkinan tidak mempunyai kaitan dengan saluran gastrousus. Biasanya, ia disebabkan oleh bakteria, virus atau parasit dari tangan, makanan, susu, air ataupun botol susu yang kotor dan tercemar dan masuk ke dalam badan melalui mulut. Kajian-kajian telah menunjukkan terdapat banyak bakteria, virus dan parasit patogenik yang telah dikenalpasti sebagai penyebab cirit-birit. Dua masalah utama cirit-birit yang boleh membahayakan kanak-kanak ialah dehidrasi (kekontangan) dan kematian. Kematian yang berpunca dari cirit-birit adalah disebabkan oleh dehidrasi (kehilangan air dan garam dalam badan). Kira-kira 10% dari kes cirit-birit yang mengalami dehidrasi berpunca dari kehilangan air dan elektrolit yang berlebihan. Seorang kanak-kanak tidak boleh hidup jika ia kehilangan terlalu banyak air dan garam dari badannya, melainkan kehilangan itu digantikan.

Seorang bayi akan menjadi lemah dan kekurangan zat makanan atau malnutrisi jika ia mengalami cirit-birit yang berulang-ulang. Keadaan akan menjadi lebih teruk jika si ibu berhenti menyusui bayi dengan susu badan atau berhenti memberikan makanan semasa ia mengalami cirit-birit. Bayi yang kekurangan zat makanan mudah diserang cirit-birit dan serangan ini akan menjadi bertambah serius.

Apakah faktor yang meningkatkan risiko cirit-birit ?
Faktor-faktor yang boleh menyebabkan cirit-birit termasuklah:-
� Kanak-kanak yang lemah dan sering sakit di mana ketahanan semula jadinya menjadi lemah akibat serangan
penyakit yang berulang-ulang.
� Kanak-kanak yang datang dari keluarga yang miskin, di mana pemakanan hariannya mungkin kurang berkhasiat
dan selalunya dikaitkan dengan kebersihan diri yang tidak terjaga.
� Teknik memberi makan yang tidak betul:
� Kepekatan makanan yang tidak betul - jika terlalu pekat, boleh menyebabkan cirit-birit osmotik (iaitu
penyerapan cecair dari usus) dan memburukkan lagi cirit-birit yang dihidapi.
� Makanan yang terlalu cair dan kekurangan nutrien atau zat makanan.


Apakah gejala-gejala cirit-birit ?
Gejala-gejala adalah seperti berikut:
� Cirit-birit, satu gejala yang biasa.
� Kekejangan dan sakit pada bahagian abdomen.
� Sembab.
� Terasa loya dan muntah
� Terasa ingin segera membuang air besar.
� Demam.
� Najis mengandungi darah.
� Dahaga
� Hilang selera makan


Setiap kanak-kanak yang mengalami cirit-birit berulangkali akan kehilangan sebahagian air dan garam dari badannya. Walau bagaimanapun, ianya bergantung kepada bagaimana keadaan cirit-birit itu dan kekerapan kanak-kanak itu membuang air besar. Jika kanak-kanak itu mengalami dehidrasi, ia memerlukan perhatian dan rawatan segera.

Dehidrasi atau kekontangan ialah satu keadaan di mana badan mengalami kekurangan cecair untuk berfungsi dengan baik. Keadaan ini merbahaya bagi kanak-kanak dan mereka perlu mendapat rawatan segera bagi mengelakkan dari masalah kesihatan yang lebih serius.


Tanda-tanda dan gejala dehidrasi ialah:-
� Kanak-kanak itu cepat meragam.
� Terasa dahaga dan kurang membuang air kecil dan air kencingnya berwarna gelap.
� Mata kelihatan cengkung dan kering.
� Kelihatan lemah.
� Ubun-ubun melekuk (terdapatnya bukaan pada tengkorak kepala
disebabkan penutupan tulang kranial yang belum sempurna), biasanya
berlaku pada bayi yang berusia di bawah 18 bulan.
� Mulut dan lidah menjadi kering.
� Kulit berkedut dan kelihatan kering serta mengelupas.
� Bila kanak-kanak itu menangis air matanya tidak keluar.

Cirit-birit boleh jadi akut atau kronik.
� Cirit-birit akut biasanya dikaitkan dengan jangkitan bakteria, virus atau parasit. Ia juga boleh disebabkan oleh
perubahan pada tabiat makan seperti alahan kepada makanan, kesan sampingan dari ubat-ubatan dan lain-lain.
Kes cirit-birit akut yang sering berlaku adalah disebabkan oleh virus seperti Rotavirus dan Adenovirus*.

� Cirit-birit yang akut boleh jadi berair atau bercampur darah. Cirit-birit akut yang berair biasanya akan berakhir
dalam masa kurang dari 14 hari dan bahayanya ialah ia boleh membawa kepada dehidrasi. Cirit-birit yang
bercampur darah kadangkalanya dikenali sebagai disentari. Ia juga boleh menyebabkan dehidrasi tetapi yang
paling bahaya ia boleh membawa kepada kerosakan usus, penurunan berat badan dan kekurangan zat makanan.

� Cirit-birit yang kronik biasanya dikaitkan dengan ketidakaturan fungsi badan seperti Sindrom Gangguan Usus (IBS) atau penyakit seperti Coeliac Disease. Ia biasanya mengambil masa lebih dari 3 minggu. IBS contohnya, disebabkan oleh pengecutan otot yang keterlaluan di dalam saluran usus. Ia berlaku hingga berbulan-bulan atau bertahun.**

Kadangkala kanak-kanak yang menghidapi IBS ini mengeluarkan najis bersama-sama mukus. Walau bagaimanapun, kebanyakkan cirit-birit yang kronik ini tidak begitu serius. Ia boleh dikawal melalui pengubatan.

Apakah komplikasi yang boleh berlaku akibat cirit-birit?
Dua keadaan cirit-birit yang merbahaya ialah dehidrasi dan kekurangan zat makanan. Kebanyakan bayi yang mati adalah disebabkan oleh dehidrasi iaitu kehilangan cecair dan garam dalam badan.

Apakah ujian yang boleh dilakukan untuk mengesan penyebab cirit-birit?
� Sampel najis boleh dihantar ke makmal untuk menentukan jenis kuman yang
menyebabkan cirit-birit. Jika ini
boleh dilakukan ia merupakan satu tindakan yang baik. Tetapi jika cirit-birit
hanya sederhana ia boleh dirawat di rumah sahaja.
� Cuma sebahagian kecil kanak-kanak sahaja yang memiliki kuman bakteria
seperti Campylobacter, Salmonella, Shigella atau E.coli dikesan dari najis
mereka.
� Kebanyakan kes cirit-birit di kalangan kanak-kanak disebabkan oleh kuman
virus seperti Rotavirus. Ujian ELISA (Enzyme Linked Immunosorbent Assay
merupakan satu teknik ujian darah yang sensitif untuk mengesan antibodi
tertentu dalam darah) boleh dijalankan untuk mengecualikan jangkitan
Rotavirus yang biasanya berlaku dikalangan bayi.

Bagaimana kita boleh memantau seseorang kanak-kanak yang mengalami cirit-birit?
Kanak-kanak yang mendapat cirit-birit perlu diperiksa oleh seorang doktor dalam masa 12 jam setelah memulakan rawatan. Ini bagi memastikan masalah kanak-kanak itu dapat ditangani dan ia tidak kehilangan berat badannya terlalu banyak. Seorang ibu seharusnya mengetahui bagaimana hendak menguruskan anaknya dalam keadaan begini. Rawatan dan kemajuan kanak-kanak tersebut perlu dipantau seperti berikut:

� Periksa dari masa ke semasa dan pastikan kanak-kanak tersebut mengambil
larutan ORS dengan memuaskan. Jumlahnya perlu direkodkan.
� Amati tanda-tanda rehidrasi seperti kehilangan kekenyalan kulit, kelihatan
semakin lemah atau pembuangan najis yang semakin kerap.
� Amati tanda-tanda pengambilan cecair yang berlebihan seperti
kebengkakan kelopak mata.

Rawatan tanpa menggunakan ubat-ubatan.
Langkah paling penting untuk merawat cirit-birit di kalangan kanak-kanak ialah mengganti air dan garam melalui mulut bagi mengelak dari masalah dehidrasi. Untuk mengatasi komplikasi ini, cuba berikan larutan Garam Rehidrasi Oral (ORS) kepada bayi anda seawal yang mungkin untuk menggantikan kehilangan cecair dan garam dalam badan bayi. Kaedah ini penting untuk menyelamatkan bayi. ORS digunakan bukan untuk mengelak atau menghentikan cirit-birit tetapi ia dapat mengelakkan bayi dari kehilangan banyak cecair dan garam dalam badannya. ORS merupakan penyelesaian yang terbaik untuk mengatasi cirit-birit.

Jika paket larutan ORS tidak ada, anda boleh menyediakan larutan ini sendiri dengan menggunakan air, gula dan garam. Cara membuatnya adalah seperti berikut:-
1. Ambil 1 liter air telah dimasak (lebih kurang 5 cawan)
2. 1 sudu kecil garam
3. 8 sudu kecil gula
4. Kacau sehingga gula larut ke dalam air
5. Berikan anak anda minum sedikit demi sedikit.


Minuman yang sesuai untuk mencegah dehidrasi semasa kanak-kanak menghidap cirit-birit ialah:
� Garam Oral Rehidrasi (ORS)
� Susu ibu
� Kanji (campuran cair bijirin yang telah dimasak dan air)
� Sup
� Air nasi (air didih)
� Air buah-buahan
� Teh cair
� Air kelapa muda
� Sekiranya minuman di atas tidak dapat diperolehi, kanak-kanak boleh diberi
air masak yang sejuk

Catatan: Jumlah yang perlu diberikan ialah antara suku atau separuh cawan besar untuk kanak-kanak di bawah umur 2 tahun. Berikan sedikit demi sedikit tetapi lebih kerap. Jika kanak-kanak tersebut muntah, tunggu selama 10 minit kemudian cuba berikan semula larutan tersebut.

Apabila bayi yang masih menyusu susu ibu mengalami cirit-birit, ibu perlu meneruskan pemberian susunya kepada bayi tersebut dan seboleh-bolehnya berikan dengan lebih kerap. Jika bayi anda tidak boleh menghisap, sebaik-baiknya perahkan susu anda dan berikan bayi anda minum menggunakan cawan dan sudu yang bersih. Penyusuan susu ibu yang lebih kerap dari biasa, dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan kerana susu ibu dapat meningkatkan ketahanan bayi melawan jangkitan. Berikan juga ORS di antara penyusuan tersebut. Berikan penyusuan tambahan selepas cirit-birit berhenti.

Jika bayi tidak lagi menyusu susu ibu, berikan larutan ORS sama jumlahnya dengan penyusuan biasa dan berikan air yang telah dimasak di antara pemberian ORS. Selepas 6 hingga 8 jam, bayi boleh diberi minum susu separuh pekat. Teruskan memberi anak anda larutan ORS selama 1 hingga 2 hari iaitu diberi di antara penyusuan harian sehingga cirit-birit sembuh. Apabila cirit-birit berhenti, teruskan penyusuan anak anda seperti biasa.

Peringatan:
� Sekiranya anak anda tidak menunjukkan sebarang perubahan atau keadaan
dehidrasinya semakin teruk, anda dinasihatkan membawa anak anda ke
klinik/ hospital yang berhampiran dengan segera. Sementara itu, teruskan
memberi anak anda larutan ORS.

� Hentikan pemberian larutan ORS jika mata anak anda kelihatan bengkak.
Teruskan penyusuan, berikan air suam atau susu pada anak anda. ORS
boleh diberi semula jika bengkak pada matanya telah hilang dan masih
mengalami cirit-birit.

� Kanak-kanak yang mengalami cirit-birit dan mengambil larutan ORS perlu
diperiksa oleh anggota kesihatan. Bawa anak anda ke klinik atau hospital
segera.

Jika terdapatnya tanda-tanda dehidrasi yang serius, ini menandakan anak anda perlu segera dimasukkan ke hospital.

Rawatan menggunakan ubat-ubatan
Anak anda tidak perlu diberi sebarang ubat-ubatan untuk cirit-birit yang dihadapinya, kecuali atas nasihat doktor. Jangan berikan ubat antibiotik kepada kanak-kanak yang dirawat di rumah. Ini kerana antibiotik tersebut boleh menimbulkan kesan sampingan dan ditakuti boleh memburukkan lagi keadaan cirit-birit itu.

Credit to sioloon

CIRIT BIRIT (DIARRHOEA)


Cirit - Birit (Diarrhoea)

Pengenalan
Cirit-birit biasa berlaku pada kanak-kanak. Ia biasanya akan sembuh dengan sendirinya tanpa menyebabkan komplikasi-komplikasi lain.


Apakah Diarrhoea?
Diarrhoea adalah satu keadaan dimana saluran najis menjadi longgar dan najis berair. Najis akan keluar lebih kerap daripada biasa.

  • Diarrhoea akut – terjadi dengan tiba-tiba dan berterusan kurang daripada dua minggu
  • Diarrhoea teruk (kronik) – berterusan hingga lebih dua minggu.

Apakah penyebab diarrhoea?
Biasanya diarrhoea disebabkan oleh jangkitan pada usus disebabkan oleh makanan atau air yang tercemar. Ia juga boleh disebabkan bukan kerana jangkitan tetapi ini sangat jarang berlaku.


Sebab-sebab jangkitan:
Tranmisi biasanya berlaku daripada individu kepada individu yang lain

  • Bakteria
  • contoh.; Shigella, Campylobacter, Escherichia coli
  • Virus
  • contoh; Norwalk virus, Rotavirus
  • Parasit
  • contoh;. Giardia lambdia, Entamoeba histolytica

Bukan sebab-sebab jangkitan

  • Toleransi kepada makanan – tiada toleransi terhadaplaktosa
  • Reaksi ubat-ubatan
  • anti-biotik tertentu
  • Penyakit berkaitan usus – inflammatory bowel disease, sejenis penyakit yang mana tidak mampu untuk menghadamkan lemak.
  • Functional bowel disease (Penyakit fungsi usus) – irritable bowel syndrome (sindrom radang usus)

Apakah tanda-tanda dan simptom Diarrhoea?

  • Perut rasa memulas lebih kerap
  • Cirit-birit
  • Mual dan muntah-muntah
  • Demam
  • Hilang selera makan
  • Sakit perut/kejang
  • Kembung perut

Kanak-kanak mungkin kelihatan normal atau mungkin ada tanda-tanda dihidrasi.

Bagaimana mengenal dihidrasi?
Dihidrasi ringan dan sederhana

  • Mulut dan lidah kering
  • Bibir merekah
  • Tiada atau hanya sedikit sahaja air mata jika menangis
  • Gelisah
  • Tidak kencing sehingga 4-6 jam
  • Ubun-ubun kepala bayi tenggelam

Dihidrasi teruk (kronik)
Semua tanda-tanda di atas dan diikuti tanda berikut :

  • Kulit kering dan berkedut
  • Kanak-kanak kelihatan tidak bermaya, sangat letih dan tidak aktif
  • Enggan makan
  • Mata cengkung
  • Sukar bernafas
  • Nadi yang lemah dan cepat
  • Tangan dan kaki terasa sangat sejuk

Apakah tanda-tanda yang bahaya yang perlu diberi perhatian?
Dapatkan rawatan dengan cepat sekiranya anak anda ada tanda-tanda ini :

  • Tanda-tanda dihidrasi
  • Darah pada najis atau najis bewarna hitam
  • Cirit-birit yang berterusan hingga lebih 48 jam
  • Hilang berat badan
  • Mengantuk dan kelihatan lali
  • Demam > 38 darjah selsius
  • Enggan makan

Kesan komplikasi diarrhoea yang teruk?

  • Organ badan tidak berfungsi termasuk kegagalan ginjal
  • Jangkitan Sistemic (systemic infection)
  • Tiada toleransi terhadap laktosa peringkat sekunder (Secondary lactose intolerance)
  • Rasa sakit disekeliling kawasan dubur

Bagaimana mengurus kanak-kanak yang mendapat diarrhoea?

Rehidrasi

Penting untuk menggantikan air dalam badan yang hilang.
Teruskan penyusuan susu ibu disamping memberi minum air garam rehidrasi (ORS)
Sekiranya bayi tidak menyusu badan – teruskan memberi bayi makan makanan biasa dan minum air garam rehidrasi ORS (Oral rehydration salt) garam oral rehidrasi

Jumlah cecair ORS (garam rehidrasi) yang perlu diberikan : ( Gunakan sudu atau picagari kecil)

Umur bayi 6 bulan ke bawah

  • 30 hingga 90mls setiap jam

Umur 6 bulan hingga 1 tahun

  • 90 hingga 120mls setiap jam

Umur atas 1 tahun

  • 120 hingga 240 mls setiap jam

Fasa pemulihan

  • Apabila keadaan anak bertambah baik teruskan dengan memberi ORS solution dan susu badan. Dengan perlahan tambahkan jumlahnya untuk mengembalikan selera anak tersebut.
  • Makanan biasa boleh dimulakan selepas 24 hingga 48 jam jika anak itu mula pulih.
  • Keadaan najis akan kembali normal selepas 7 hari menjalani diarrhoea.

Susu

  • Elakkan daripada menukar susu formula sesuka hati
  • Dapatkan nasihat doktor jika anda dapati susu formula yang anda berikan tidak sesuai untuk anak anda.

Perubatan
Perubatan untuk menghentikan Diarea-hendaklah dielakkan kerana :

  • Tidak selamat untuk bayi dan anak
  • Daya tahan melawan jangkitan akan terganggu

Anti-biotik

  • Secara umumnya tidak perlu –dapatkan nasihat doktor

Krim-krim semasa

  • Krim seperti jeli petrolium dan zink oksida boleh membantu melegakan kesakitan bahagian punggung bayi yang sakit.

Rawatan untuk Diarrhoea kronik

  • Siasatan dan penilaian terperinci perlu dilakukan sebelum menentukan rawatan yang khusus untuk kes-kes diarrhoea yang teruk

Bagaimana Diarrhoea boleh dicegah daripada kanak-kanak?

  • Minum air yang dimasak
  • Elak makanan yang mentah kecuali disediakan oleh anda sendiri dengan bersih.
  • Cuci tangan dengan bersih selepas menyediakan makanan, pergi ke tandas, menukar lampin dan sebelum memegang makanan.
  • Buang lampin pakai buang dengan betul 
Credit to http://www.infosihat.gov.my

Wednesday, 8 December 2010

Sebelum anda memberi makanan bayi

SEBELUM MEMBERI MAKANAN BAYI

Sebelum anda mula mencuba resipi-resipi bercerai susu kami yang enak, di sini diberikan tip-tip mudah tentang bagaimana untuk menyedia dan memberi makanan untuk bayi anda.

Bagaimanakah untuk memulihara vitamin dalam makanan bayi saya?

Jika boleh, sediakan makanan sebaik saja anda memerlukannya. Vitamin C dan setengah vitamin B akan hilang dengan perlahan apabila makanan dipotong, dimasak atau didedahkan kepada udara dan dipuri. Lebih banyak pemerosesan yang dilalui buah dan sayur, lebih banyak nutrien akan hilang.

Jika anda menyediakan jumlah makanan yang cukup untuk dua hidangan, sejukkannya dengan cepat dan masukkan ke dalam peti ais atau penyejuk beku. Penyejukbekuan adalah cara paling baik untuk memulihara vitamin dalam makanan yang telah disediakan. Menyejukbeku makanan lembut dalam bekas penyejuk ais atau mangkuk kecil adalah cara baik untuk menyimpannya. Anda boleh mengeluarkan sejumlah yang diperlukan oleh bayi untuk setiap sarapan.


Jika anda memberikan bayi anda sayur yang berlebihan dari makan malam hari sebelumnya, makanan ini telah hilang sebahagian daripada vitamin C yang ada. Jadi berikan bayi anda sedikit buah-buahan untuk menambah pengambilan vitamin C oleh bayi.

Apakah tekstur yang sesuai bagi makanan bayi saya?

Sebagai panduan kasar, sediakan makanan lumat semasa bayi anda baru hendak mula mencuba pepejal. Apabila bayi anda sudah biasa dengan makanan selain dari susu, jenis makanan yang boleh dihidangkan bertambah, dan tekstur menjadi penting.

Anda boleh mula memperkenalkan makanan yang ada sedikit ketulan sebaik saja bayi anda sekitar usia
tujuh hingga sembilan bulan. Lenyekkan saja makanannya dan jangan purikan.

Apabila bayi anda pandai
memegang barang, keseronokannya memakan makanan jejari bermula dan dia mungkin mahu cuba makan dengan sendiri.

Jika anda menyuap dengan sudu, satu taktik baik ialah memberi bayi satu sudu untuk dipegangnya.


Jika bayi anda di usia
enam atau tujuh bulan suka menggunakan gusi untuk mengunyah karot dan kekacang yang dimasak, dia mungkin akan sukakan sandwic lembut, berisi, pada usia lapan atau sembilan bulan. Dan dari umur >sembilan bulan dan seterusnya, anda boleh memberikan dia makanan yang dicincang.

Setiap bayi berbeza, tetapi jangan berlengah untuk memperkenalkan makanan ketul-ketulan dan yang lebih kasar. Bayi-bayi yang diberi makanan puri leceh untuk jangka masa yang lama boleh membuatkan dia enggan makan ketul-ketul yang kecil pun.

Nutrien manakah penting?

Semasa hari-hari awal bercerai susu, membiasakan bayi anda dengan makanan pepejal adalah tujuan utama anda. Apabila dia sudah biasa dengan sensasi-sensasi baru dalam mulutnya, bolehlah anda memberi fokus kepada nutrien-nutrien yang diperlukannya.

Berikut ialah nutrien penting untuk bayi anda:
  • zat besi;
  • kalsium;
  • vitamin C;
  • vitamin A (ini diberi nama beta karotena dalam makanan sayuran);
  • asid lemak omega 3.
Setiap satu resipi bercerai susu kami disertakan dengan panduan tentang nutrien yang terkandung dalamnya. Jadi, jika bayi anda baru mula makan pepejal, lihatlah resipi-resipi rasa pertama kami untuk idea-idea yang boleh dicuba. 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

BEFORE YOU BEGIN...

Before you start experimenting with our tasty weaning recipes, here are some handy tips on preparing food and feeding your baby.

How can I preserve the vitamins in my baby's food?

If you can, prepare food just before you need it. Vitamin C and some B vitamins are gradually lost once food is cut, cooked, exposed to the air and puréed. The more processes fruit and vegetables undergo, the more nutrients they'll lose.

If you are making enough for another meal, cool it quickly and pop it in the fridge or freezer. Freezing is the best way to preserve vitamins in the meals you've prepared. Freezing soft food in ice cube trays or small dishes is a handy way to store it. You can just get out as much as your baby needs at each meal.


If you give your baby left-over vegetables from last night's supper, they're likely to have lost some of their vitamin C. So offer your baby some fresh fruit as well to boost her vitamin C intake.

What texture should my baby's food be?

As a rough guide, prepare purées when your baby is first trying solids. Once your baby is happily eating baby food, the range of foods she can have increases hugely, and texture becomes important.

You can start to introduce a few lumps once your baby is around
seven to nine months old. Simply mash, rather than purée, her food.

Once your baby can
grasp things, the fun of finger foods starts and she may like to try to feed herself. If you're feeding your baby with a spoon, giving her one to hold as well is a good tactic.

If your baby happily gums on cooked carrots and beans at
six or seven months, she may enjoy soft, filled mini sandwiches at eight or nine months. And from nine months onwards, you can offer her minced food.

Each baby is different, but don't delay introducing lumps and thicker foods. Babies who have sloppy purées for a long time can be remarkably resistant to eating even the smallest lumps!

Which nutrients are important?

In the early days of weaning, getting your baby used to eating solids is your main aim. Once she is used to the new sensations in her mouth, it's worth focusing on the nutrients she needs.

These are key nutrients for your baby:
  • iron;
  • calcium;
  • vitamin C;
  • vitamin A (this is called betacarotene in plant foods);
  • omega 3 fatty acids.
Each of our weaning recipes comes with guidance on which nutrients it contains.

So, if your baby is just starting solids, simply check our our first tastes recipes for ideas of what to try. 

Credit to babycenter
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...