Thursday 22 November 2012

TIPS PENJAGAAN TILAM KEKABU

Tips di bawah antara cara - cara nak menjaga tilam atau bantal kekabu supaya lebih tahan lama. antara tips - tips nya:-

I. Kalau Tilam atau bantal kekabu tu dah makin lembik atau nampak macam kurang je, jemur ketika matahari naik. Kekabu akan mengembang sedikit demi sedikit semula.

II. Tilam atau bantal kekabu yang dah kotor hendaklah di basuh. Selepas dibasuh kekabu akan kecut dan melekat di dalam bantal. jadi buat seperti cara di atas cuma jemur sehingga betul - betul kering. Barulah Kekabu akan jadi Gebu semula. Perhatian jangan guna kekabu sehingga betul - betul kering.

III. Tilam dan bantal yang lama mungkin akan berhabuk atau berdebu, dengan cara lain untuk buang debu dengan cara jemur ketika matahari naik dan tepuk atau ketuk tilam kekabu dengan objek keras seperti kayu atau penyangkut baju bagi membuang habuk dan debu.

IV. Bagi memastikan Tilam atau bantal kekabu sentiasa Gebu.. Rajin - rajin laa jemur di luar rumah ketika matahari naik atau ketika panas.


Boleh di aplikasi kepada Tilam Kekabu, Tilam Bayi kekabu, Bantal Kekabu, Bantal Peluk kekabu, Bantal Bayi Baring dan Peluk Kekabu. Senang Cerita Semua yang ada kekabu laa yea...

Antara Tips - tips ini adalah daripada pengalaman penguna Tilam dan bantal kekabu sebelum ini. TQ


Akan bersambung...




Anda sepatutnya klik kat bawah ni

6 comments:

  1. kalau nak cuci bole ke masuk mesin?

    ReplyDelete
  2. Saya dah cuba... Berhasil..
    Thanks

    ReplyDelete
  3. Saya basuh dengan mesin... Masukkan kekabu dalam kain batik.. ikat hujung kain dengan tali

    ReplyDelete
  4. Cmne nk basuh ye kalau tilam kene kencing kucing??

    ReplyDelete
  5. kalau nak lagi bersih boleh cuba cucian deep cleaning . hehe

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas tips yang berguna. terbaik ^_^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...