Friday 25 January 2013

PETUA - ANAK TAK NAK MAKAN DAN BAGAIMANA MENAMBAH SELERA MAKAN ANAK



Risau apabila anak tiada selera makan, kadang-kadang makan pun dua tiga suap sahaja. Tercari-cari macam mana nak tambah selera makan anak. Jadi di bawah antara petua yang jumpa kat blog dan forum-forum. 


Petua - Pertama

Cara-caranya: 

1.      Dapatkan seikat daun serai, kemudian gunting kecil- kecil, dan kemudian masukkan dalam air dan ramas.
2.      Selepas itu tapis daun serai just ambil airnya sahaja.
3.      Air itu hendaklah dimandikan anak apabila diakhir basuhan.
4.      Buatlah selama 3 hari setiap pagi. Insyallah anak akan berselera makan.

Sumber : forum mamafc


Petua – Kedua

Cara caranya :

1.      Dapat kan daun kucai atau daun kaduk
2.      Ramas daun kucai atau daun kaduk bersama air dan kemudian tapiskan.
3.      Mandikan anak dengan air biasa dahulu sehingga bersih.
4.      Kemudian baru mandikan anak dengan air ramasan daun kucai atau daun kaduk ketika senja. (pastikan mandi ketika senja), mandi di bahagian badan sahaja sudah mencukupi.
5.      Se- elok eloknya mandikan sehingga 3 hari.

Sumber: Terlalu banyak dalam forum dan blog lain.

Selamat mencuba...

Monday 21 January 2013

TIPS MAKANAN UNTUK ANAK KURUS



 

1. Pastikan anak diberi pelbagai makanan mengikut saranan Piramid Pemakanan Malaysia. Jangan beri anak makan makanan yang rendah lemak.
 

2. Makanan tinggi kalori sangat sesuai untuk meningkatkan berat badan ke tahap yang normal.Beri anak makanan sekurang-kurangnya 5 hingga 6 kali sehari.
 

3. Bekalkan anak snek sihat seperti biskut lemak, buah-buahan kering, sandwic dan kekacang setiap kali dia ke sekolah. Rehatkan anak anda daripada sebarang aktiviti sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu makan.
 

4. Elakkan memberi anak anda makanan yang tinggi kandungan gulanya seperti makanan ringan dan minuman berkarbonat.







Sumber : Pa & Ma

Sunday 20 January 2013

PANDUAN MENGGALAKKAN ANAK MAKAN


1. Beri anak makan dalam keadaan tenang dan bukan marahkan dia setiap kali dia enggan makan.   
  •  Peringatan penting untuk ibu bapa (termasuk saya.. hehhehe) bukannya anak tu mengada2 tapi ada sebab lain dia tak nak makan. kena cari puncanya dulu. =)

2. Sediakan sendiri makan untuk anak dan bukan dibeli di restoran makanan segera atau di gerai-gerai yang belum tentu berkhasiat.  

  • Daripada masak sup cendawan berkrim dari peket2 atau dari Tin lebih baik masak sendiri. jimat pun jimat dan boleh makan sekeluarga.

3. Sesibuk mana pun anda, pastikan seisi keluarga makan bersama-sama setiap kali tiba waktu makan agar anak anda lebih berselera.   

  • Yup, anak2 kita masih lagi dalam proses meng"copy", jadi kalau boleh makan ramai barulah boleh naik kan selera si kecil ni.

4. Sekiranya anak anda masih kecil, ajaklah dia makan sambil bersiar-siar di taman permainan agar dia rasa lebih selesa.
  •  praktikan ni memang bagus, tapi tiap kali kuar rumah...dengarlah si manja ni  cakap " Kepci.. nak Kepci..." Aduhh...

Sumber : Pa & Ma dan LBB

Saturday 19 January 2013

MAKANAN KHAS UNTUK ANAK KURANG BERAT BADAN



1. Nasi atau bubur perlulah ditambah dengan ayam atau daging dan minyak.


2. Roti mestilah dihidangkan bersama mentega, keju dan mentega kacang.

3. Biskut kraker mesti dimakan dengan marjerin dan mentega kacang.


4. Susu kosong ditambah dengan serbuk coklat.


5. Telur rebus dihidangkan bersama mayones, keju dan mentega.


6. Kentang rebus dilenyek dan ditambah dengan susu dan mentega.





* InsyaAllah, Kalau berkesempatan nanti kami akan upload gambar pula. TQ  = )


Sumber : Pa & Ma

Friday 18 January 2013

KENAPA ANAK TIDAK MAHU MAKAN


Antara sebab - sebab anak tak mahu makan
 


1. Bermasalah dengan gigi.

* Tepat , sebab anak yang baru tumbuh gigi biasanya akan main2 dengan gigi baru. kadang2 tengok pun macam dorang tak selesa bila ada gigi tumbuh.


2. Bosan dengan makanan yang diberikan.

* sekarang ni, kalau tengok makanan yang sama ja, si kecil ni mula laa xnak makan. siap geleng2 kepala.. ruper2nya nak tukar makanan. hmmm... 
so, taktik lain.. variasikan makanan untuk anak anda. 






3. Terlalu banyak bermain.


* Anak2 aktif biasernya lupa dah makan kalau dah dapat mainan, ni kalau main sorang2, kalau main ramai2 lagi laa lupa waktu makan. 














4. Tidak ada kawan untuk makan bersama-sama.


* Perasan atau tiak, bila sorang2 xnak makan sangat. tapi biler ada member2 lain... mula la si kecil ni nak makan. dah macam lumba makan dah. 


5. Tidak berselera untuk makan.

* Kalau dah xder selera memang dah tak boleh buat aper.. takut bila sumbat jugak  nanti habis muntah semua makanan yang makan sebelum ni..  


6. Ibu bapa terlalu memaksa mereka menghabiskan makanan.


* macam kes no 5, tak boleh nak paksa sangat dorang makan... 


Sumber Pa&Ma

Thursday 10 January 2013

FABRICS - NEW DESIGN - CORAK BARU 2013 - PART 2

Fabrics - Corak baru untuk 2013

English cotton 

Pure English Cotton - Belleboo - Design Slipery - Colour Rainbow - 4 Meters - Code 010

Pure English Cotton - Belleboo - Design Small Mickey Head - Colour Rainbow - 4 Meters - Code 022

Pure English Cotton - Belleboo - Design Stripes and Line - Colour Green, Blue and White - 4 Meters - Code 016

Pure English Cotton - Belleboo - Design Vehicle - Colour Rainbow - 4 Meters - Code 018

Pure English Cotton - Belleboo - Design Vehicle - Colour Soft Blue + Rainbow - 4 Meters - Code 017

Pure Japanese Cotton - Design Small Car - Colour Turquoise + Rainbow - 2 Meters - Code 019

(4 Meter, Bidang 45)
Harga : RM 72.00 (untuk 4 Meter,Bidang 45)
 * Tidak termasuk pos

 

Boleh dibeli sahaja atau di pilih untuk Set Tilam bayi, Selimut bayi, Sarung Bantal Dewasa, Barut dan Bedung Bayi.

Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi :

 
SMS :-


013-6444468 (CELCOM) 

 
Atau layari Facebook Little Baby Bear  (Klik di sini pun boleh) dan PM di FB kami bagi memudahkan proses pembelian.


Sila Klik ===>>  COTTON
Untuk pilih corak english cotton terkini.

 
Jangan lupa "Like" dan "Folow" bagi memudahkan anda mendapat info yang terkini mengenai stok dan produk baru kami... =)       
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...