Monday 9 January 2012

GOLD ITU EMAS - APA ITU EMAS



APA ITU EMAS  #SENANGPAHAMSIKIT


Emas adalah merupakan logam galian yang berharga kurniaan Allah SWT.
Ia merupakan hasil bumi yang banyak manfaat kepada manusia dan manusia pula
menjadikannya nilai tukaran wang bagi segala sesuatu. Sementara syariat pula mengibaratkan emas  sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan berkembang. Syariat juga telah mewajibkan kedua-duanya boleh digunakan dalam bentuk wang atau kepingan, bekas bejana, cenderahati, ukiran atau perhiasan.


Emas, sebenarnya sudah dikenal pasti sejak 40 ribu tahun sebelum Masehi. Peristiwa itu bermula dengan penemuan emas dalam bentuk kepingan di Sepanyol. Pada saat itu, kepingan emas telah digunakan oleh manusia purba yang bernama Paleiothic Man. Ada juga yang mengatakan bahawa emas pertama ditemukan oleh masyarakat Mesir Kuno sekitar 3000 tahun sebelum masehi.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W. telah bersabda: "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar (emas) dan dirham (perak) untuk digunakan."

Hadith riwayat Imam Ahmad Ibn Hanbal



KEPERLUAN MEMILIKI EMAS

 
Emas ialah ia dianggap bernilai oleh seluruh umat manusia. Ia juga merupakan aset yang paling ditukarkan kepada wang kertas. Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia.

Dengan kata lain,emas ini tetap akan berharga dan tidak akan susut nilainya. Sebagai penyimpan nilai yang unggul, emas berupaya mengekalkan nilai dalam jangkamasa panjang.


MENGAPA ANDA PERLU MENYIMPAN EMAS


1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya.
2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang.
4. Aset yang terunggul.
5. Ia tidak boleh dimanipulasikan.
6. Kepastian dalam kenaikan harga.
7. Emas boleh di kenali di seluruh dunia.
8. Emas di kenali di seluruh dunia. 

Anda sepatutnya klik kat bawah ni

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...