Thursday 29 November 2012

SAIZ SET TILAM DAN BANTAL BAYI

Isu saiz amat penting bagi memastikan sarung yang bakal kita beli nanti muat dengan set tilam. Di Little Baby Bear kami membuat set tilam mengikut saiz sama seperti di pasaran, walaupun set tilam di sini boleh di tempah mengikut saiz pilihan pelanggan tetapi bagi memudahkan pelanggan, set tilam bersaiz biasa lebih murah dan padat berbanding di luar sana.

Saiz Tilam - Set Bayi

Ukuran : 35' X 26'


Saiz bantal biasa - Set Bayi

Ukuran : 12.7' X 8.5'


Saiz bantal peluk - Set Bayi

Ukuran : 15' X 6


Selimut (Comforter) - Tambahan Set Bayi

Ukuran : 40'x35'


-------------------------------------------------------------------------------------------
SMS :-

013-6444468 (CELCOM) - WHATAPP

ATAU LAYARI FACEBOOK LITTLEBABYBEAR  (KLIK KAT SINI PUN BOLEH) DAN
PM DI FACEBOOK KAMI BAGI MEMUDAHKAN PROSES PEMBELIAN.

JANGAN LUPA KLIK "LIKE"  DAN  "FOLLOW"  MEMUDAHKAN ANDA DAPAT INFO YANG TERKINI MENGENAI STOK DAN PRODUK BARU... =)     
 
 

Wednesday 28 November 2012

DOA MURAH REZEKI

Doa murah rezeki


Amalan dan amalkan setiap hari... TQ

Saturday 24 November 2012

READY STOCK - SET TILAM BAYI KEKABU

SET TILAM BAYI KEKABU

READY STOCK - KEKABU ASLI GRED A

SEBAHAGIAN BESAR BANTAL - BANTAL DAN TILAM DI ATAS SUDAH SIAP DI ISI KEKABU, HANYA TUNGGU PEMILIHAN KAIN UNTUK DI JADIKAN SARUNG SAHAJA. KEKABU YANG DI ISI HANYALAH KEKABU ASLI GRED A YANG TELAH DI PROSES SAHAJA.

KALAU NAK ORDER SET TILAM BAYI KEKABU, TILAM BAYI KEKABU SAHAJA, BANTAL BAYI KEKABU, BANTAL PELUK BAYI KEKABU, CADAR ATAU SARUNG BANTAL DAN TILAM UNTUK SET TILAM KEKABU BOLEH DI SINI.

SMS :-

018-2257522 (UMOBILE)
013-6444468 (CELCOM)

ATAU LAYARI FACEBOOK LITTLEBABYBEAR  (KLIK KAT SINI PUN BOLEH) DAN
PM DI FACEBOOK KAMI BAGI MEMUDAHKAN PROSES PEMBELIAN.

JANGAN LUPA KLIK "LIKE"  DAN  "FOLLOW"  MEMUDAHKAN ANDA DAPAT INFO YANG TERKINI MENGENAI STOK DAN PRODUK BARU... =)      

Thursday 22 November 2012

TIPS PENJAGAAN TILAM KEKABU

Tips di bawah antara cara - cara nak menjaga tilam atau bantal kekabu supaya lebih tahan lama. antara tips - tips nya:-

I. Kalau Tilam atau bantal kekabu tu dah makin lembik atau nampak macam kurang je, jemur ketika matahari naik. Kekabu akan mengembang sedikit demi sedikit semula.

II. Tilam atau bantal kekabu yang dah kotor hendaklah di basuh. Selepas dibasuh kekabu akan kecut dan melekat di dalam bantal. jadi buat seperti cara di atas cuma jemur sehingga betul - betul kering. Barulah Kekabu akan jadi Gebu semula. Perhatian jangan guna kekabu sehingga betul - betul kering.

III. Tilam dan bantal yang lama mungkin akan berhabuk atau berdebu, dengan cara lain untuk buang debu dengan cara jemur ketika matahari naik dan tepuk atau ketuk tilam kekabu dengan objek keras seperti kayu atau penyangkut baju bagi membuang habuk dan debu.

IV. Bagi memastikan Tilam atau bantal kekabu sentiasa Gebu.. Rajin - rajin laa jemur di luar rumah ketika matahari naik atau ketika panas.


Boleh di aplikasi kepada Tilam Kekabu, Tilam Bayi kekabu, Bantal Kekabu, Bantal Peluk kekabu, Bantal Bayi Baring dan Peluk Kekabu. Senang Cerita Semua yang ada kekabu laa yea...

Antara Tips - tips ini adalah daripada pengalaman penguna Tilam dan bantal kekabu sebelum ini. TQ


Akan bersambung...




Tuesday 20 November 2012

KEKABU DAN SET TILAM UNTUK DI TEMPAH

 KEKABU ASLI

Kekabu Asli - Gred A


SET TILAM DAN SELIMUT 

2nd Design - Set tilam kekabu dan selimut

HARGA :- RM 254.00 (PROMOTION PRICE)

I.  TILAM KEKABU
II. BANTAL SAIZ S KEKABU X 2,
III. BANTAL PELUK BAYI KEKABU X 2,
IV. SELIMUT
V. CADAR DAN SARUNG (CORAK MENGIKUT PILIHAN)


1st Design  - Set tilam sahaja

HARGA :- RM189.00 (PROMOTION PRICE)

I.  TILAM KEKABU
II. BANTAL SAIZ S KEKABU X 2,
III. BANTAL PELUK BAYI KEKABU X 2,
V. CADAR DAN SARUNG (CORAK MENGIKUT PILIHAN)

 CORAK BOLEH TENGOK DI BAHAGIAN FABRICS

KALAU NAK ORDER SET TILAM BAYI KEKABU, TILAM BAYI KEKABU SAHAJA, BANTALBAYI KEKABU, BANTAL PELUK BAYI KEKABU, CADAR ATAU SARUNG UNTUK SET TILAM KEKABU BOLEH DI SINI.

SMS :-

018-2257522 (UMOBILE)
013-6444468 (CELCOM)

ATAU LAYARI FACEBOOK LITTLEBABYBEAR  (KLIK KAT SINI PUN BOLEH)

JANGAN LUPA KLIK "LIKE"  DAN  "FOLLOW"  MEMUDAHKAN ANDA DAPAT INFO YANG TERKINI MENGENAI STOK DAN PRODUK BARU... =) 


* DISKAUN SEBANYAK 5% DIBERIKAN KEPADA YANG SUDAH MENGE"LIKE" DAN FOLLOW LITTLEBABYBEAR (DISKAUN HANYA DI BERIKAN SEHINGGA AKHIR BULAN INI. TQ)     =)



Monday 19 November 2012

KEKABU

KEKABU ATAU KAPOK

KEKABU - GRED A

KEKABU - GRED A - DAH SIAP PROSES


KEKABU KAMPUNG, MAJORITI DARIPADA INDONESIA, DAH SIAP DI PROSES, DATANG DALAM BENTUK 20KG++, TAPI DAH 2X PROSES KEMUDIAN BARU PACKAGING YANG BARU.

APA BEZA KEKABU GRED A DAN GRED B


KEKABU GRED A
  • TEKSTUR LEBIH LEMBUT DAN GEBU
  • RINGAN 
  • WARNA SEDIKIT KE COKLAT
  • HARGA LEBIH MAHALBERBANDING GRED B

KEKABU GRED B
  • TEKSTUR SEDIKIT PADAT DAN TIDAK TERLALU GEBU
  • BERAT
  • WARNA AGAK PUTIH
  • HARGA MURAH SEDIKIT BERBANDING GRED A  

HARGA:KEKABU GRED A

1 KG - RM 22.00
20 KG - RM 20.00 (SEKILO)

SESIAPA YG NAK  BELI ATAU ORDER KEKABU LEBIH DARI 5 KG HENDAK LAH CALL OR MSG DULU, STOCK SENANG HABIS.

DI INGATKAN, HARGA TIDAK TERMASUK SEKALI DENGAN KOS PENGHANTARAN (POSTAGE), KOS PENGHANTARAN MENGIKUT BERAT KEKABU.

TQ.


KALAU NAK ORDER SET TILAM BAYI KEKABU, TILAM BAYI KEKABU SAHAJA, BANTALBAYI KEKABU, BANTAL PELUK BAYI KEKABU, CADAR ATAU SARUNG UNTUK SET TILAM KEKABU BOLEH DI SINI.

SMS :-

018-2257522 (UMOBILE)
013-6444468 (CELCOM)

ATAU LAYARI FACEBOOK LITTLEBABYBEAR  (KLIK KAT SINI PUN BOLEH)

JANGAN LUPA KLIK "LIKE"  DAN  "FOLLOW"  MEMUDAHKAN ANDA DAPAT INFO YANG TERKINI MENGENAI STOK DAN PRODUK BARU... =)       


                          

Sunday 18 November 2012

POKOK KEKABU

ASAL KEKABU

Pokok Kekabu merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Mexico, Amerika Tengah, Caribbean, utara Amerika Selatan, dan (sebagai C. pentandra jenis guineensis) barat Afrika serta Asia Tenggara. Nama botaninya Ceiba pentandra.


Pokok Kekabu tergolong dalam famili Bombacaceae. Ia memiliki daun yang jarang dan dahan mendatar bertingkat pada sudut mendatar. Pokok Kekabu malar hijau ini memiliki batang kelabu pucat berduri banyak ditanam dikalangan penduduk kampung Melayu (Allen 1971).








ANTARA KEGUNAAN POKOK KEKABU
 

Pokok kekabu merupakan sejenis pokok yang amat dihargai pada suatu masa dahulu. Ini kerana buahnya berbentuk kekapas, merupakan satu gentian pelbagai guna yang penting pada suatu masa.

Antara lain, sehingga kini, kekabu masih digunakan sebagai isian bantal dan tilam cara tradisional. Bantal atau tilam yang disi dengan kekabu mampu bertahan sehingga 20 tahun, tetapi ia perlu dijauhkan dari air, dan dijemur dan dipukul dengan pemukul rotan bagi menyingkir debu kekabu yang telah hancur.

Tetapi generasi masa kini lebih selesa menggunakan bantal atau tilam kapas kerana mudah dibeli. Pada masa kini, kekabu tidak digunakan dalam industri kerana masaalah kekurangan bekalan Kekabu yang banyak dan murah dan berpanjangan. Ini kerana pokok Kekabu tidak ditanam di ladang-ladang besar yang mampu menjamin bekalan yang berterusan.



BUAH KEKABU
Buah kekabu
Buah Kekabu memiliki kelongsong bujur yang menyerupai buah koko. Kelongsong berkayu itu tumbuh segugus seperti timun kecil (Corner 1988). Pada mulanya ia bewarna hijau dan kemudian bertukar perang dan kehitaman apabila matang. Apabila mencapai tempoh buah kekabu akan pecah kepada lima bahagian dari hujung ke pangkal dan membebaskan biji benihnya yang diselitupi dengan kekabu (Lotschert & Beese 1991).

Gentian lembut bersutra, putih kekuningan merupakan unjuran dari dinding dalam kelonsong berkayu yang turut menyelitupi biji benih dalamnya. Ini berbeza sama sekali dari pokok kapas di mana gentian itu terbentuk daripada penutup luar biji benih (Simpson & Ogorzaly 1988).

Gentian kekabu sepanjang antara 10-35mm, ianya terlalu halus dan licin untuk diputar menjadi benang. Ia juga gebu, kerana diselitupi lilin, menjadikannya bahan penebat yang sesuai. Kandungan fiber terdiri daripada 64 % selulos. Kekabu amat anjal dan sesuai untuk dijadikan bahan pengisi seperti kusyen, bantal, tilam, jaket keselamatan, dan tali pinggang keselamatan (Vaughan 1970).

 

BIJI BENIH KEKABU

Biji benih kekabu adalah antara 25-28 % (wt/wt) bagi setiap buah kekabu. Biji benihnya bewarna perang gelap, dan terdapat 118 yang terbenam dalam gentian kekabu. Biji benih kekabu mengandungi kadar minyak mentah yang agak tinggi sekitar 22-25% daripada jumlah berat keseluruhan dan dilaporkan menyamai minyak biji benih kapas yang boleh dimakan. Dengan itu minyak biji benih kekabu boleh dijadikan minyak masak, sama seperti minyak biji benih kapas tetapi sehingga kini tidak diusahakan.

#Credit to Wikipedia

Thursday 15 November 2012

SALAM MAAL HIJRAH 1434H

 Ucapan Salam Maal Hijrah 1434H 

Selamat menyambut Maal Hijrah, moga tahun hijrah yang baru bermula ini memberi lebih kebaikan kepada semua dan berharap agar tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang mendatang.Kepada semua, jangan lupa buat azam baru tahun ni... =)






 

Monday 5 November 2012

ALHAMDULILLAH... COMING SOON

Picture to Magnet


Photo or Picture to magnet  (custom fridge magnet)

Part of gift from little baby bear, thank you for support little baby bear...


Coming soon will available at little baby bear store


Thank you.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...