Friday, 25 January 2013

PETUA - ANAK TAK NAK MAKAN DAN BAGAIMANA MENAMBAH SELERA MAKAN ANAK



Risau apabila anak tiada selera makan, kadang-kadang makan pun dua tiga suap sahaja. Tercari-cari macam mana nak tambah selera makan anak. Jadi di bawah antara petua yang jumpa kat blog dan forum-forum. 


Petua - Pertama

Cara-caranya: 

1.      Dapatkan seikat daun serai, kemudian gunting kecil- kecil, dan kemudian masukkan dalam air dan ramas.
2.      Selepas itu tapis daun serai just ambil airnya sahaja.
3.      Air itu hendaklah dimandikan anak apabila diakhir basuhan.
4.      Buatlah selama 3 hari setiap pagi. Insyallah anak akan berselera makan.

Sumber : forum mamafc


Petua – Kedua

Cara caranya :

1.      Dapat kan daun kucai atau daun kaduk
2.      Ramas daun kucai atau daun kaduk bersama air dan kemudian tapiskan.
3.      Mandikan anak dengan air biasa dahulu sehingga bersih.
4.      Kemudian baru mandikan anak dengan air ramasan daun kucai atau daun kaduk ketika senja. (pastikan mandi ketika senja), mandi di bahagian badan sahaja sudah mencukupi.
5.      Se- elok eloknya mandikan sehingga 3 hari.

Sumber: Terlalu banyak dalam forum dan blog lain.

Selamat mencuba...

Anda sepatutnya klik kat bawah ni

2 comments:

  1. petua di atas boleh digunakan pada baby 1 setengah tahun?

    ReplyDelete
  2. Time kasih ats tips yg sgt berguna ini.Thanks for sharing..
    Jom kunjung ke blog sy utk perkongsian bersama

    http://hairunissajopri.blogspot.com/2013/11/anak-kurang-selera-makan.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...