APA ITU EMAS - #SUSAHPAHAMPUNYA
EMAS
Emas ialah unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai simbol Au (L. aurum)
dan nombor atom 79. Logam ini secara asli boleh
didapati dalam bentul ketulan nuget atau butir kecil dalam batuan, atau
mendapan aluvial. Kadang-kadang ia juga boleh didapati dalam sebatian emas
selalunya dengan tellurium. Logam emas adalah padat, lembut, berkilat, dan
logam asli yang paling mudah ditempa dan mulur. Emas tulen mempunyai warna
kuning terang dan dianggap menarik dan warna ini kekal tanpa mengalami
pengoksidaan udara atau air. Emas adalah logam yang dibuat syiling dan
berfungsi sebagai simbol kekayaan dan penyimpan nilai sepanjang sejarah
manusia. Standard emas telah menyediakan asas untuk dasar kewangan. Ia juga
telah dikaitkan dengan pelbagai simbolisme dan ideologi.
Secara kimia,
emas merupakan logam peralihan. Jika dibandingkan dengan logam lain, emas tulen
secara kimianya paling reaktif, mempunyai ketahanan terhadap asid tetapi kurang
berkesan terhadap regia aqua asid campuran akua regia yang boleh melarutkan emas. Emas juga
larut dalam larutan alkali sianida yang digunakan dalam perlombongan. Emas juga
larut dalam raksa ("merkuri")] dan membentuk
sebatian amalgam. Emas tidak larut dalam asid nitrik, yang boleh melarut logam perak
dan logam asas
dan sifat ini digunakan untuk mengesahkan kewujudan emas dalam sesuatu benda.
Emas adalah logam berharga yang dicari-cari untuk syiling, barang kemas dan hasil seni lain sejak zaman dahulu lagi. Sebanyak 165,000 tan emas telah dilombong dalam sejarah manusia pada tahun 2009.Ini lebih kurang sama dengan 5.3 bilion ons troy atau, dari segi isipadu ialah sekitar 8.500m³. Penggunaan emas baru di dunia adalah sekitar 50% sebagai barang kemas, 40% pelaburan, dan 10% dalam industri.
Walaupun
digunakan terutamanya sebagai simpanan nilai, emas mempunyai banyak kegunaan
industri moden termasuk pergigian dan elektronik. Emas digunakan kerana daya ketahanan
yang baik terhadap pengakisan
dan konduktor elektrik yang sangat bagus.
SIFAT UTAMA
Emas ialah
unsur logam yang berwarna kuning berkilauan tetapi boleh juga berwarna seperti
delima atau hitam apabila dibahagi dengan halus. Larukan koloid emas pula
mempunyai warna berkeamatan tinggi yang biasanya berwarna ungu. Warna yang
terdapat pada emas adalah disebabkan oleh frekuensi plasmon emas yang terletak
pada julat penglihatan, mengakibatkan warna merah dan kuning dipantulkan
sementara warna biru diserap. Hanya koloid perak mempunyai interaksi yang sama
terhadap cahaya, tetapi dalam frekuensi yang lebih pendek, sehingga menyebabkan
warna koloid perak menjadi kuning. Emas juga merupakan logam
yang paling boleh tempa dan dimulurkan.
Satu gram emas boleh ditempa menjadi satu kerajang bersaiz satu meter panjang
dan satu meter lebar atau 1 auns kepada 300 kaki². Emas biasanya dialoikan
dengan logam yang lain untuk menjadikannya lebih keras.
Emas merupakan
pengalir haba dan elektrik yang baik, dan tidak dipengaruhi oleh udara dan
kebanyakan reagen. Secara kimianya, logam emas tidak boleh diubah oleh haba,
kelembapan, dan kebanyakan agen menghakis dan
oleh itu ia amat sesuai digunakan sebagai duit syiling dan barangan kemas.
Emas tulen
mengandungi antara 8% dan 10% perak, tetapi biasanya
kandungan tersebut lebih tinggi. Aloi semula jadi dengan kandungan perak yang
tinggi dipanggil elektrum.
Apabila kuantiti perak bertambah, warnanya menjadi lebih putih dan ketumpatan
tentunya berkurangan.
Aloi dengan kuprum menghasilkan logam kemerahan, aloi besi
berwarna hijau, dan aloi aluminum
berwarna ungu. Barang kemas yang dibuat dengan kombinasi emas yang berwarna
dijual di Amerika Syarikat
dan dikenali sebagai emas Black Hills.
Keadaan pengoksidaan
emas yang biasa termasuk +1 dan +3.
APLIKASI
Emas tulen
adalah terlalu lembut untuk kegunaan biasa, oleh itu logam ini ditambahkan
kekerasannya dengan mengaloikannya bersama perak (argentum), tembaga (kuprum)
dan logam-logam lain. Emas dan pelbagai jenis aloi emas biasanya digunakan
dalam pembuatan barangan kemas,
duit syiling
dan sebagai pertukaran perdagangan dalam banyak negara. Selain itu, emas boleh
mengalirkan elektrik dengan amat baik dan tahan hakisan. Ini menjadikan emas muncul
sebagai logam industri penting pada akhir abad ke 20.
Kegunaan lain:
- Emas memainkan beberapa peranan penting dalam pembuatan komputer, alat komunikasi, kapal angkasa, enjin pesawat jet, kapal terbang, dan hasil pengeluaran yang lain.
- Daya tahan terhadap pengoksidaan membolehkan emas digunakan secara berleluasa dalam pembuatan lapisan nipis elektroplat pada permukaan penyambung elektrik untuk memastikan penyambungan yang baik.
- Seperti perak, emas boleh membentuk amalgam keras bersama raksa, dan ini kadang kala digunakan sebagai bahan pengisi gigi.
- Emas koloid (nanopartikel emas) ialah larutan berwarna berkeamatan tinggi yang kini sedang dikaji di dalam makmal-makmal untuk kegunaan perubatan dan biologi (kaji hayat). Ia juga merupakan bentuk yang sering digunakan dalam pengecatan emas pada seramik sebelum seramik dibakar.
- Asid kloraurik digunakan dalam fotografi untuk memberi ton kepada imej perak.
- Dinatrium aurothiomalate digunakan dalam rawatan artritis rheumatoid (diberikan secara suntikan intra-otot).
- Isotop emas Au-198, (Separuh hayat: 2.7 hari) digunakan dalam rawatan barah dan rawatan lain-lain penyakit.
- Emas digunakan sebagai bahan penyalutan untuk membolehkan bahan biologi diperhatikan di bawah mikroskop elektron imbasan.
- Banyak pertandingan dan penganugerahan, seperti Sukan Olimpik dan Hadiah Nobel, pemenangnya akan meraih pingat emas (manakala perak diberikan kepada naib johan, dan gangsa kepada yang ketiga.)
Memandangkan
emas merupakan pemantul pancaran inframerah dan cahaya tampak yang baik, logam
ini digunakan sebagai lapisan pelindung pada satelit
buatan manusia.
DINAR EMAS
Pada 1998,
kerajaan Malaysia mencadangkan penggunaan emas sebagai
mata wang perdagangan dunia seperti mana yang diperkenalkan semasa zaman Rasulullah dahulu. Emas dipilih kerana sifat
kimianya yang stabil dan nilainya yang tidak berubah. Selain itu, dinar emas juga diharap dapat menggantikan
pergantungan dunia terhadap Dollar Amerika
dan Euro. Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamed,
Perdana Menteri
Malaysia keempat ketika itu, dinar emas tidak akan menggantikan mata
wang
setempat (sebagaimana Euro), tetapi mata wang ini hanya akan digunakan sebagai
mata wang perdagangan antara negara sahaja.
Nilai dinar
emas adalah sama dengan nilai piawai emas dalam Perjanjian Bretton Woods.
SEJARAH
Emas (Sanskrit jval, Yunani χρυσος = chrysos, Latin
aurum, Inggeris kuno
gold) telah diketahui sebagai sangat berharga sejak zaman prasejarah
lagi. Hieroglif Mesir (2600 SM)
mengatakan logam dan emas ada dinyatakan beberapa kali dalam Perjanjian Lama (Ing. Old Testament). Penjelajahan orang
Eropah (pada zaman penjelajahan Eropah) ke benua Amerika digalakkan oleh
pelbagai berita yang menyatakan bahawa bahan hiasan emas digunakan secara
berleluasa di kalangan orang asli
Amerika, terutamanya di Amerika Tengah, Peru,
dan Colombia.
Emas telah lama
dianggap sebagai logam yang paling berharga, dan nilainya telah digunakan
sebagai piawai untuk banyak matawang dalam sejarah. Emas
telah digunakan sebagai simbol ketulenan, nilai tinggi, kedaulatan, dan
lebih-lebih lagi peranan yang mengaitkan sifat-sifat tersebut (lihat album emas).
Matlamat utama ahli alkimia adalah untuk menghasilkan emas
daripada bahan yang lain, seperti karbon — kemungkinan melalui
tindak balas dengan sejenis bahan dongengan yang digelar philosopher's stone.
Meskipun usaha mereka tidak pernah mendapat hasil, namun ahli alkimia telah
menaikkan keminatan terhadap bidang melibatkan unsur, yang menjadi asas kepada
bidang kimia masa kini. Simbol mereka untuk emas ialah bulatan dengan titik di tengah-tengah, yang
merupakan simbol matahari dalam bidang astrologi.
Pada kurun ke-19,
perpindahan secara beramai-ramai disebabkan penemuan emas
berlaku bila-bila sahaja longgokan emas dijumpai, termasuklah di California,
Colorado,
Otago, Australia, Black Hills,
dan perpindahan beramai-ramai Klondike.
NILAi
Seperti
logam-logam bernilai yang lain, emas dinilai dengan berat troy
dan apabila ia dialoi dengan logam yang lain perkataan karat digunakan
untuk menunjukkan kuantiti emas yang hadir, 24 karat adalah emas tulen. Sejarah
menunjukkan bahawa emas pernah digunakan untuk menyokong matawang dalam sistem
yang digelar piawaian emas
di mana satu unit matawang adalah bersamaan dengan beberapa jumlah berat emas.
Dalam sistem ini, kerajaan dan bank pusat cuba untuk mengawal harga emas dengan
meletakkan nilai yang mereka ingin tukarkan dengan matawang.
Untuk sekian
lamanya nilai emas diletakkan oleh kerajaan Amerika Syarikat pada harga $20.67
per troy auns, namun pada tahun 1934 nilai ini ditetapkan pada
harga $35.00 per troy auns. Disebabkan krisis emas pada Mac 17 1968, satu skim peletakan harga
dua peringkat diperkenalkan di mana emas masih lagi digunakan untuk menguruskan
akaun antarabangsa pada nilai lama iaitu $35.00 per troy auns ($1.13/g) tetapi
harga emas dalam pasaran persendirian dibenarkan untuk turun-naik. Pada 1975
sistem dua peringkat ini diabaikan apabila harga emas dibenarkan untuk
turun-naik. Semenjak 1968 harga emas pada pasaran terbuka telah turun-naik
dengan luasnya, dengan rekod tertinggi $850/oz ($27,300/kg) pada 21 Januari
1980, sehinggalah ke rekod terendah $252.90/oz ($8,131/kg) pada 21 Jun 1999
(Tetapan London). Harga emas telah meningkat ke $500/oz pada penghujung 2005,
oleh sebab susut nilai dolar Amerika dan inflasi akibat kenaikan kos tenaga.
Oleh kerana
kegunaannya sebagai stor simpanan nilai, pemilikan emas persendirian kadang
kala dihadkan atau diharamkan. Di dalam Amerika Syarikat, pemilikan emas secara
persendirian kecuali sebagai bahan kemas atau pengumpulan duit syiling
diharamkan dari tahun 1933 ke tahun 1975.
Sebagai pelaburan
ketara, emas kadang kala dipegang sebagai sebahagian daripada
portfolio kerana pada jangka masa yang panjang emas telahpun memiliki sejarah
yang lama dalam pengekalan nilainya. Emas menjadi semakin menarik di saat-saat
keyakinan rendah dan semasa hiperinflasi
kerana emas mengekalkan nilainya walaupun apabila wang hampa
menjadi tidak bernilai.
Kontrak
berniaga hadapan berasaskan emas kini diniagakan oleh pelbagai bursa
di seluruh dunia.
RAGAM KEWUJUDAN
Oleh kerana
secara relatifnya, emas bersifat lengai secara kimia, emas sering kali dijumpai
dalam bentuk aslinya, kadang kala dalam bentuk gumpalan besar, tetapi pada
kebiasaannya dalam bentuk serpihan kecil di dalam mineral, kuarza, sabak, batuan
metamorfik dan dalam longgokan
aluvium yang berasal daripada punca-punca tersebut.
Emas tersebar
dengan meluas, dan biasanya bercampur dengan mineral kuartza atau pirit atau
bercampur dengan tellurium
dalam mineral petzit, kalaverit
dan sylvanite.
Emas diasingkan daripada aluvium melalui teknik pelombongan
menggunakan dulang.
Sejak tahun 1880-an
Afrika Selatan telah menjadi sumber kepada dua
pertiga bekalan emas dunia. Bandar Johannesburg dibina di atas jumpaan emas terbesar
di dunia.
Kawasan lombongan emas di Orange Free
State dan Transvaal
adalah amat dalam dan kawasan ini merupakan kawasan perlombongan terdalam di
dunia. Peperangan Boer
1899
- 1901 di antara orang British dan orang-orang putih Boer adalah sebahagiannya berpunca daripada hak
pelombong dan pemilikan emas yang kaya di Afrika Selatan. Lombong-lombong di Dakota Selatan dan Nevada membekalkan dua pertiga daripada emas yang digunakan di
Amerika Syarikat.
Emas diasingkan
daripada bijihnya menggunakan sianida, amalgam, dan peleburan. Penulenan logam biasanya dijalankan
menggunakan elektrolisis. Logam ini
terdapat di dalam air laut pada kepekatan 0.1 to 2 mg/ton bergantung
kepada kedudukan sampel. Walau bagaimanapun, sehingga
kini iaitu tahun 2006 tidak terdapatnya apa-apa cara yang boleh
memberi hasil keuntungan sekiranya emas diperolehi daripada air laut.
Emas bukan
sahaja penting kepada industri dan kesenian, ia juga mengekalkan status
istimewa di kalangan komoditi-komoditi lain sebagai stor simpanan nilai.
Dijangkakan bahawa kesemua emas di dunia yang telah ditulenkan boleh membentuk
sebuah kiub berukuran 20 m (60 kaki)
pada setiap sisi.
SEBATIAN
Aurik klorida
(AuCl3) dan asid kloraurik (HAuCl4) adalah sebatian emas yang
paling umum. Walaupun emas adalah logam lengai,
namun ia boleh menghasilkan pelbagai sebatian
- Ia melarut dalam Akua regia untuk menghasilkan ion AuCl4-
- Emas halida (F,Cl,Br,I)
- Emas kalkogen (O, S, Se,Te)
- sebatian gugusan emas
ISOTOP
Hanya terdapat
satu isotop emas yang stabil dan 18 radioisotop
lain. Radioisotop Au-195 adalah paling stabil dengan separuh hayat 186 hari.
AMARAN KESELAMATAN
Badan manusia
tidak dapat menyerap logam ini dengan baik dan sebatian emas kebiasaannya tidak
begitu toksik. Namun dilaporkan lebih 50% pesakit artritis yang dirawat dengan
dadah yang mengandungi emas mengalami kerosakan hati
dan ginjal.
#Credit to wikepedia - sorry ada yang dah terdelete (ambil sumber yang terbaik sahaja)
No comments:
Post a Comment