Selamat datang ke blog kami. Pelbagai barangan jualan untuk bayi. kami sangat suka barangan bayi,jadi kebanyakan barangan yang kami jual adalah untuk bayi baru lahir (newborn baby) hingga berumur 1 tahun. Anda boleh mendapatkan barangan buatan sendiri (Homemade)seperti Bantal dan tilam kekabu, sarung bantal dan tilam, bedung bayi, tungku bayi serta bermacam-macam lagi. kami juga menerima tempahan menjahit untuk pelanggan yang mempunyai kain sendiri..
Wednesday, 25 January 2012
Little Baby Bear Meniaga di Pejabat Tanah Selayang
Monday, 23 January 2012
GOLD ITU EMAS - FAKTA RINGKAS
FAKTA DAN SEJARAH YANG RINGKAS MENGENAI EMAS
1. Emas adalah wang, duit dan harta
dari Zaman Manusia mula menemui emas.
2. Emas adalah salah satu unsur
kimia dengan simbol Au (Aurum).
3. Nombor atom untuk emas adalah 79.
4. Emas telah dijadikan sebagai
syiling, barang kemas,hiasan sejak zaman dahulu kala lagi
apabila tamadun manusia mula pandai merekod.
5. Emas diperolehi dari kerak bumi
dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial6. Sifat fizikal emas
adalah berkilat, lembut dan padat.
7. Emas adalah logam paling lembut
di Muka Bumi.
8. Emas adalah logam yang paling
mudah ditempa di dunia.
9. Emas berwarna kuning berkilau dan
tidak teroksida walaupun didalam air (tidak berkarat).
10. Emas digunakan sebagai logam
untuk matawang dan ia adalah simbol kemewahan dan simpanan kekayaan individu.
11. Emas dikaitkan dengan semua
ideologi, agama dan simbol samada Islam, hindu ataupun aties.
12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton
(161juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi.
13.Emas memainkan beberapa peranan
penting dalam pembuatan komputer, alat komunikasi, kapal angkasa, enjin pesawat
jet, kapal terbang, dan hasil pengeluaran yang lain.
14.Daya tahan terhadap pengoksidaan
membolehkan emas digunakan secara berleluasa dalam pembuatan lapisan nipis
elektroplat pada permukaan penyambung elektrik untuk memastikan penyambungan
yang baik.
15. Seperti perak, emas boleh
membentuk amalgam keras bersama raksa, dan ini kadang kala digunakan sebagai
bahan pengisi gigi.
16. Emas adalah unsur paling pasif,
stabil dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain.
17. Emas satu-satunya unsur yang
tidak larut didalam Asid Nitric. Logam-logam lain seperti Silver (Si) dan logam
lain bertindak balas dengan Asid Nitrik.
18. Asid Nitrik adalah larutan utama
digunakan untuk menentukan ketulenan emas.
19. Pada tahun 2008, China telah memintas
Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas didunia. Ini kali pertama
berlaku sejak Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.
20. Dalam sejarah manusia, 161,000
ton emas yang telah digali dapat mengisi hanya dapat mengisi 2 kolam saiz
olimpik.
21. Satu gram emas boleh ditempa
menjadi satu kerajang bersaiz satu meter panjang dan satu meter lebar atau 1 auns
kepada 300 kaki² (3300meter persegi) ~(57m x 57m).
22. Emas tulen boleh ditempa sehalus
mungkin sehingga menjadi hampir transparent.
23. Emas boleh dijadikan aloi
bersama logam-logam yang lain.
24. Aloi yang dihasilkan dari emas
boleh mengubah kekerasan, kekuatan, sifat kelogamman (metallugical), suhu lebur
dan perubahan kaler sesuatu kualiti emas.
25. Emas digunakan didalam industri
moden sebagai konduktor haba dan elektrik.
26. Memandangkan emas merupakan
pemantul pancaran inframerah dan cahaya tampak yang baik, logam ini digunakan
sebagai lapisan pelindung pada satelit buatan manusia.
27. Emas tidak bertindakbalas dengan
udara, kelembapan dan agen hakisan yang kuat.
28. Ion emas sentiasa mengalami
proses penurunan dan mendapan yang terhasil adalah logam emas padu.
29. Emas tulen 24karat tidak
mempunyai rasa dan bau.
30. Emas sangat tumpat, 1 meter padu
emas adalah seberat 19,300kg.
31. Warna emas tulen adalah kuning
metalic.
32. Hanya Emas, Cesium dan tembaga
adalah unsur logam yang tidak berwarna putih ataupun kelabu.
33. Emas mempunyai tindak balas
berlainan bergantung kepada kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada
orbital atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1) (bayangkan satu tahi bintang yang
mengelilingi bumi setiap masa).
34. Aloi emas berwarna merah rose
boleh dihasilkan dengan campuran beberapa komposisi copper (tembaga) dan Silver
(perak).
35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk
isotop sahaja dalam bentuk semulajadinya dan 18 radioisotop lain. Radioisotop
Au-195 adalah paling stabil dengan separuh hayat 186 hari.
36.Emas digunakan secara meluas di
seluruh dunia sebagai tambatan matawang. Amaun emas yang disimpan bank negara
sama jumlah dengan nilai wang kertas yang dicetak untuk digunakan dalam urusan
seharian.
37. Jumlah emas didalam dunia adalah
terhad dan pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang.
38. Pada kurun ke-20, simpanan emas
dunia dan pasaran urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap.
39. Ketika bermulanya perang dunia
pertama, negara-negara yang terlibat dalam perang kembali menggunakan emas
untuk membiayai kempen peperangan masing-masing.
40. selepas perang dunia kedua, emas
digantikan dengan tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.
41. Nilai standard emas dan nilai
tukaran terus kepada nilai matawang telah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap.
42. Switzerland adalah negara
terakhir yang menambat matawang mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas
menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999.
43 Walaupun emas adalah logam
lengai, namun ia boleh menghasilkan pelbagai sebatian.Aurik klorida (AuCl3) dan
asid kloraurik (HAuCl4) adalah sebatian emas yang paling umum. Badan manusia
tidak dapat mennyerap sebatian emas yang kebiasaannya tidak begitu toksik.
Namun dilaporkan lebih 50% pesakit artritis yang dirawat dengan drug yang
mengandungi emas mengalami kerosakan hati dan ginjal.
44. Emas tulen adalah sangat lembut
untuk digunakan seharian dan biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk
menjadikan ia lebih keras.
45. Kandungan emas didalam aloi diukur
menggunkan unit Karat (k).
46. Emas tulen diukur sebagai
24karat(k)
47. Syiling emas yang dikeluarkan
sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22karat (916).
48. Emas untuk pelaburan tidak
memerlukan sifat mekanikal seperti keras, kuat untuk dipakai jadi ianya biasa
dibentuk kepada emas 24karat.
49. Syiling emas yang dikeluarkan
oleh negara tertentu seperti American Gold Eagle, Britisj Gold Sovereign dan
South Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22karat.
50. Emas paling tulen didunia
dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan
99.999% emas.
51. Takat lebur bagi emas ialah
1337.33 K (1064.18 °C, 1947.52 °F) dan takat didihnya 3129 K (2856 °C, 5173 °F)
52.Isotop emas Au-198, (Separuh
hayat: 2.7 hari) digunakan dalam rawatan barah dan rawatan lain-lain penyakit.
53.Emas koloid (nanopartikel emas)
ialah larutan berwarna berkeamatan tinggi yang kini sedang dikaji di dalam
makmal-makmal untuk kegunaan perubatan dan biologi (kaji hayat).
Ia juga
merupakan bentuk yang sering digunakan dalam pengecatan emas pada seramik
sebelum seramik dibakar.
54.Emas digunakan sebagai bahan
penyalutan untuk membolehkan bahan biologi diperhatikan di bawah mikroskop
elektron imbasan.
55. Warna yang terdapat pada emas
adalah disebabkan oleh frekuensi plasmon emas yang terletak pada julat
penglihatan, mengakibatkan warna merah dan kuning dipantulkan sementara warna
biru diserap. Hanya koloid perak mempunyai interaksi yang sama terhadap cahaya,
tetapi dalam frekuensi yang lebih pendek, sehingga menyebabkan warna koloid
perak menjadi kuning.
56.Emas merupakan pengalir haba dan
elektrik yang baik, dan tidak dipengaruhi oleh udara dan kebanyakan reagen.
Secara kimianya, logam emas tidak boleh diubah oleh haba, kelembapan, dan
kebanyakan agen menghakis dan oleh itu ia amat sesuai digunakan sebagai duit
syiling dan barangan kemas.
57.Emas diasingkan daripada bijihnya
menggunakan sianida, amalgam, dan peleburan. Penulenan logam biasanya
dijalankan menggunakan elektrolisis.
58.Emas terdapat di dalam air laut
pada kepekatan 0.1 to 2 mg/ton bergantung kepada kedudukan sampel. Walau
bagaimanapun, sehingga kini iaitu tahun 2006 tidak terdapatnya apa-apa cara
yang boleh memberi hasil keuntungan sekiranya emas diperolehi daripada air
laut.
59.Tamadun Melayu Srivijaya &
Majapahit menggunakan emas sebagai matawang untuk perdagangan maritim.
60.Nabi Sulaiman dan empayar
agungnya menghiasi istana & kerajaannya dengan emas.
# Senang paham sebab emas ni memang banyak info pun.
#Credit to CariGold.
Monday, 16 January 2012
GOLD ITU EMAS - SISTEM ZAKAT
ZAKAT EMAS
“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.
At- Taubah; ayat 34-35
Emas yang tidak dipakai (disimpan)
Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.Contoh:
2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat = RM 150
Emas yang dipakai
Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.
Contoh:
Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150g ram
Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram - 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.9
Oleh itu, Jangan asyik ingat beli nak pakai nak menunjuk-nunjuk sampai lupa nak bayar zakat. hehehe... Tidak lupa juga yang membuat pelaburan emas fizikal, beli dan simpan emas pun kena bayar zakat juga, tapi kalau simpan atau gadai di sesetengah tempat, zakat anda mungkin dah di bayar sekali.
Monday, 9 January 2012
GOLD ITU EMAS - APA ITU EMAS
APA ITU EMAS #SENANGPAHAMSIKIT
Emas adalah merupakan logam galian yang berharga kurniaan Allah SWT.
Ia merupakan hasil bumi yang banyak manfaat kepada manusia dan manusia pula
menjadikannya nilai tukaran wang bagi segala sesuatu. Sementara syariat pula mengibaratkan emas sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan berkembang. Syariat juga telah mewajibkan kedua-duanya boleh digunakan dalam bentuk wang atau kepingan, bekas bejana, cenderahati, ukiran atau perhiasan.
Emas, sebenarnya sudah dikenal pasti sejak 40 ribu tahun sebelum Masehi. Peristiwa itu bermula dengan penemuan emas dalam bentuk kepingan di Sepanyol. Pada saat itu, kepingan emas telah digunakan oleh manusia purba yang bernama Paleiothic Man. Ada juga yang mengatakan bahawa emas pertama ditemukan oleh masyarakat Mesir Kuno sekitar 3000 tahun sebelum masehi.
Rasulullah s.a.w bersabda:
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W. telah bersabda: "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar (emas) dan dirham (perak) untuk digunakan."
Hadith riwayat Imam Ahmad Ibn Hanbal
KEPERLUAN MEMILIKI EMAS
Ia merupakan hasil bumi yang banyak manfaat kepada manusia dan manusia pula
menjadikannya nilai tukaran wang bagi segala sesuatu. Sementara syariat pula mengibaratkan emas sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan berkembang. Syariat juga telah mewajibkan kedua-duanya boleh digunakan dalam bentuk wang atau kepingan, bekas bejana, cenderahati, ukiran atau perhiasan.
Emas, sebenarnya sudah dikenal pasti sejak 40 ribu tahun sebelum Masehi. Peristiwa itu bermula dengan penemuan emas dalam bentuk kepingan di Sepanyol. Pada saat itu, kepingan emas telah digunakan oleh manusia purba yang bernama Paleiothic Man. Ada juga yang mengatakan bahawa emas pertama ditemukan oleh masyarakat Mesir Kuno sekitar 3000 tahun sebelum masehi.
Rasulullah s.a.w bersabda:
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W. telah bersabda: "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar (emas) dan dirham (perak) untuk digunakan."
Hadith riwayat Imam Ahmad Ibn Hanbal
KEPERLUAN MEMILIKI EMAS
Emas ialah ia dianggap bernilai oleh seluruh umat manusia. Ia juga merupakan aset yang paling ditukarkan kepada wang kertas. Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia.
Dengan
kata lain,emas ini tetap akan berharga dan tidak akan
susut nilainya. Sebagai penyimpan nilai yang unggul, emas berupaya mengekalkan
nilai dalam jangkamasa panjang.
MENGAPA ANDA PERLU MENYIMPAN EMAS
1. Emas ialah kekayaan yang
sebenarnya.
2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang.
4. Aset yang terunggul.
5. Ia tidak boleh dimanipulasikan.
6. Kepastian dalam kenaikan harga.2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang.
4. Aset yang terunggul.
5. Ia tidak boleh dimanipulasikan.
7. Emas boleh di kenali di seluruh dunia.
8. Emas di kenali di seluruh dunia.
Subscribe to:
Posts (Atom)