1. Jemur bayi waktu pagi
Sesetengah orang percaya amalan menjemur bayi waktu pagi adalah baik
untuk kesihatan bayi. Sebenarnya, boleh untuk anda ikuti amalan ini
namum tidak perlu setiap hari. Anggapan yang mengatakan bayi perlu
dijemur setiap pagi tidak betul. Jika anda melakukannya pun, tidak perlu
lama. Cukup sekadar antara 10 hingga ke 15 minit pada jam 8:00 pagi.
Sedikit sebanyak ia membantu bayi yang baru lahir terutama yang
menghidap penyakit kuning (jaundis). Ini kerana sinar matahari pagi
membantu menguraikan bilirubin yang akan larut dan dikeluarkan sebagai
urin.
2. Membiarkan bayi tidur dengan susu botol.
Ramai orang tua beranggapan membiarkan bayi menghisap susu botol hingga
dia tidur akan lebih memudahkan tugas anda terutamanya dimalam hari.
Bayi yang terjaga apabila diberi susu botol akan mudah menyambung
tidurnya semula. Namun mungkin anda tidak ketahui bahawa cara ini boleh
mengganggu perkembangan bayi. Dengan membiiarkan bayi tidur bersama susu
botolnya, susu akan terkumpul di gusi bayi. Selain itu, bayi mudah
terkena jangkitan telinga kerana susu tersebut boleh memasuki saluran
'eustachius'. Kerana itu, pastikan anda segera mengalihkan susu botol
sebaik saja bayi selesai menyusu atau selepas saja dia tidur. aku nak
tambah sket.. mungkin dengan cara ini boleh mengundang bahaya gak. macam
sekarang ni ramai bayi yang mati akibat tersedak susu. so, tak payah la
biarkan baby isap botol susu tanpa dipantau..
3. Mandi air sejuk menjadikan bayi kuat.
Ada kepercayaan kononnya memandikan bayi dengan air sejuk boleh membuat
daya tahan tubuhnya meningkat. Sudah tentu pendapat ini tidak benar.
Malah, air sejuk boleh membuat metabolisme dan pembakaran dalam tubuhnya
meningkat menyebabkan makanan yang diserap tubuh bayi cepat habis
kerana digunakan untuk menyeimbangkan semula tubuh bayi. Ini menyebabkan
bayi mudah hilang tenaga, cepat lemah dan berisiko jatuh sakit.
Sebaiknya mandikan bayi dengan air suam yang tidak terlalu panas. Namun,
jangan terlalu lama agar tubuh bayi tetap seimbang kehangatannya.
4. Air liur meleleh
Sebenarnya perkara biasa apabila air liur bayi sering meleleh kerana
pada usia ini (sehingga 4 tahun), proses penghasilan air liurnya memang
aktif. Namun, jika air liurnya keluar berlebihan, ia berisiko menjadi
radang atau jangkitan pada sekitar mulutnya. Penghasilan air liur
berlebihan juga mungkin salah satu tanda bayi hendak tumbuh gigi. Air
liur yang meleleh ini tiada kaitan dengan mitos yang mengatakan ia ada
kaintan dengan si ibu yang gagal memenuhi keinginan (mengidam) sewaktu
mengandungkan bayinya dulu.
5. Muntah setelah makan
Setelah makan atau minum susu, mungkin bayi akan muntah sedikit. Ini
berlaku mungkin kerana bayi terlalu kenyang atau banyak udara yang masuk
ke perutnya sebelum atau sewaktu sedang minum susu. Keadaan ini juga
boleh berlaku apabila bengkung bayi dipakaikan terlalu kuat. Selain itu,
mungkin anda memberi bayi makan dalam posisi yang salah, contohnya
dalam posisi tidur terlentang. Kerana itu sebaiknya buatlah bayi sendawa
setelah makan untuk mengatasi masalah muntah ini.
6. Mendukung bayi
Bayi akan berasa tenang apabila didukung namun cuba elakkan untuk
menjadikan ia sebagai satu amalan untuk memanjakan bayi anda. Ini kerana
bayi yang terlalu biasa didukung dalam semua keadaan tidak akan melatih
emosinya untuk berdikari malah, akan menjadi manja dan setiap waktu
hendak didukung. Ini membuatkan bayi menjadi malas dan anda sendiri juga
yang akan mengalami kesukaran kelak.
7. Berpeluh
Anda mungkin beranggapan bayi yang kuat berpeluh menandakan dia sihat.
Tidak semestinya begitu. Adakalanya peluh yang keluar berlebihan mungkin
petanda bayi mengalami gangguan tertentu seperti tekanan, fungsi
kelenjar yang berlebihan, kadar gula yang rendah atau berat tubuh yang
berlebihan.
No comments:
Post a Comment