Monday 23 July 2012

BOLA KAMPUNG



Bola Kampung ialah sebuah siri televisyen animasi buatan Malaysia yang dihasilkan oleh Animasia Studios, mengisahkan keghairahan sekumpulan kanak-kanak luar bandar dalam bermain bola sepak dan impian mereka untuk mewakili sekolah mereka dalam sukan berkenaan. Siri Bola Kampung asalnya dibikin dan disiarkan dalam bahasa Malaysia di RTM1, tetapi kini juga dialih suara ke bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain dengan membawa tajuk Football Kids untuk tayangan oleh Disney Channel di 16 buah negara sejak akhir tahun 2007, selaku terbitan "buatan MSC Malaysia" terulung yang mencapai pasaran antarabangsa.Sehingga hari ini, Bola Kampung sudah disiarkan empat musim di kaca televisyen Malaysia. Pada tahun 2011, siri Bola Kampung diperbaharui dengan siri Bola Kampung X yang ditayangkan perdana di Cartoon Network mulai 4 Jun.


Bola Kampung mengisahkan sekumpulan kanak-kanak yang tinggal di Kampung Gong Lechar, daerah Pohon Bambu, yang menggilai bola sepak, itupun hanya bermain kerana minat semata-mata. Ini berubah apabila pengetua sekolah mereka dan jurulatih bola sepak baru, Abdul Rahman, menubuhkan sebuah pasukan bola untuk bertanding di kejohanan antara sekolah. Iwan, iaitu watak utama siri Bola Kampung, menjadi pemimpin pasukan bola sepak sekolahnya ini, namun ditentang oleh bapanya yang, ironik sekali, pernah bermain dalam pasukan bola sepak kebangsaan, gara-gara tidak mahu anaknya mengalami nasib malang seperti dirinya. Namun, dengan sokongan kawan karibnya Azizul dan Sabok, Iwan berjaya meredah segala rintangan, sekaligus menjadi nadi pasukan. Bersama-sama, Iwan dan rakan-rakannya bertarung dengan cabaran yang mendatang untuk mencapai impian masing-masing.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...